social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Monday 2 February 2015

Impian kami....

Pernah satu ketika bermimpi kami menyediakan sebuah rumah beserta pembantu buat orang tua kami. Mimpi datang sejurus selepas melihat kejayaan dan kebahagian ibubapa mereka yang berjaya. Mimpi yang akan kami cuba sebaik mungkin menjadikan kenyataan. Suamiku menyatakan langkah awal adalah mencatat impian tersebut di tempat yang mudah dan senang untuk kita lihat.

Walaupun telah agak lama mimpi itu berlalu tetapi impian tidak pernah terpadam. Setiap hari melihat suamiku tekun mempelajari ilmu untuk berjaya. Apa yng di pelajari dikongsikan denganku bila ada kelapangan, kerana beliau tahu aku tidak berkesemptn untuk duduk mendengar & belajar dengan fokus.

Antara mimpi kami adalah:
1°Membawa ibubapa menunaikan rukun haji ke5. Alhamdulillah, pendaftaran dengan tbung haji telah dilakukan. Wang pun dikumpulkan setiap bulan. Insyalah tak lama lagi.
2°Menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk ibubapa.  Ini masih dalam proses, rumah telah ditempah dan masih menunggu kelulusan pinjaman.
3°Menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10K sebulan.
4°Menjadi seorang usahawan yang berjaya berlandaskan syariat islam.
5°Memenuhi setiap keinginan ibubapa kami.
6°Mendidik anak-anak menjadi khalifah yang diredhai Allah. Harta untuk mereka adalah ilmu
7°Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM100K. Untuk kesenangan dan saat kecemasan.
8°Tinggal bersama orang tua kami. Kerana dengan tinggal bersam kami kan dapat menjaga kebjikan mereka. Akumelihat bagaimana arwah cik & ayah menjaga arwah nenek & toki. Tak pernah dengar rungutan wlaupun penat mengikut kerenah mereka. Kerana kata arwah cik, redha dan kebahagian ibubapa menjamin keharmonian rumah tangga. Jangan pernah takut rezeki akan berkurangan andai tinggl bersama mereka kerana mereka adalah sumber inspirasi untuk menjana wang lebih.
9°Mempunyai aset pelaburan hartanah.
10°Nak jalan2 sambil belajar.🙌

Doakan agar NaimyArt berjaya memenuhi impian...

Sunday 1 February 2015

Senangnya dapat pahala

Anda hanya perlu post dkat FB


SUBAHANALLAH

ALHAMDULILLAH

ALLAHUAKBAR

ASTAGHFIRULLAH


automatik ada orang akan baca dan kita akan dapat pahala...

Saturday 31 January 2015

Sedar atau tidak?

Apabila kami promote simkad magic tone excel, antara respond yang diterima adalah seperti berikut,,,,



Tapi ramai yang x sedar kan....

pilihan di tangan anda.

JADI PENGGUNA BIJAK DAHULU, BARU PENGGUNA SETIA!!!

Saturday 24 January 2015

Jom mengaji....




Walau setua mana sesuatu ilmu, ia tetap berguna. Yang berbeza adalah bagaimana kita menggunakannya.Contoh paling mudah adalah Al-quran. Ilmu di dalamnya tidak pernah berubah, usianya menjakau ribuan tahun tetapi akan tetap berguna sampai bila-bila....Jom Mengaji!!!

Friday 23 January 2015

Rezeki Allah Itu Berbagai-Bagai

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala..
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar...
Bersyukur...
Berusaha...
Berdoa....
Bertawakal....

Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-----------