social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Thursday 8 October 2015

Doa Iman


Photo editing : Before vs After

Assalamualaikum dan Salam sejahteraOk agak lama tak update blog ni.... kali kita akan bercerita tentang 'photo editing'.

Ramai orang yang tahu tangkap gambar, sekarang pelbagai aplikasi telefon yang canggih untuk ambik gambar yang cantik. tetapi adakala saiz yang dihasilkan agak kecil dan tak sesuai untuk di cetak.

Faktor lain dalam photographi seperti cahaya, warna dan scene juga memainkan peranan penting.

Kami di naimy art sering mendapat photo2 perkahwinan yang adakala hanya menggunakan telefon pintar. Apa yang kami lakukan adalah memasukan gambar tersebut ke dalam photoshop dan melakukan editing agar photo tersebut lebih terserlah. Semua pasti menginginkan kenangan perkahwinan yang menguja perasaan.... berikut adalah beberapa contoh.



Monday 14 September 2015

Masjidil Haram 1436H

Jumaat lepas seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian kren jatuh di tanah suci mekah. Peristiwa berlaku disaat umat islam menghitung hari untuk menyambut hari raya aidiladha... berikut adalah petikan berita dan video berkaitan peristiwa bersejarah ini:


Enam jemaah Malaysia disah meninggal dunia




Kami di NaimyArt mengucapkan takziah dan semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Insyallah.


Monday 2 February 2015

Impian kami....

Pernah satu ketika bermimpi kami menyediakan sebuah rumah beserta pembantu buat orang tua kami. Mimpi datang sejurus selepas melihat kejayaan dan kebahagian ibubapa mereka yang berjaya. Mimpi yang akan kami cuba sebaik mungkin menjadikan kenyataan. Suamiku menyatakan langkah awal adalah mencatat impian tersebut di tempat yang mudah dan senang untuk kita lihat.

Walaupun telah agak lama mimpi itu berlalu tetapi impian tidak pernah terpadam. Setiap hari melihat suamiku tekun mempelajari ilmu untuk berjaya. Apa yng di pelajari dikongsikan denganku bila ada kelapangan, kerana beliau tahu aku tidak berkesemptn untuk duduk mendengar & belajar dengan fokus.

Antara mimpi kami adalah:
1°Membawa ibubapa menunaikan rukun haji ke5. Alhamdulillah, pendaftaran dengan tbung haji telah dilakukan. Wang pun dikumpulkan setiap bulan. Insyalah tak lama lagi.
2°Menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk ibubapa.  Ini masih dalam proses, rumah telah ditempah dan masih menunggu kelulusan pinjaman.
3°Menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10K sebulan.
4°Menjadi seorang usahawan yang berjaya berlandaskan syariat islam.
5°Memenuhi setiap keinginan ibubapa kami.
6°Mendidik anak-anak menjadi khalifah yang diredhai Allah. Harta untuk mereka adalah ilmu
7°Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM100K. Untuk kesenangan dan saat kecemasan.
8°Tinggal bersama orang tua kami. Kerana dengan tinggal bersam kami kan dapat menjaga kebjikan mereka. Akumelihat bagaimana arwah cik & ayah menjaga arwah nenek & toki. Tak pernah dengar rungutan wlaupun penat mengikut kerenah mereka. Kerana kata arwah cik, redha dan kebahagian ibubapa menjamin keharmonian rumah tangga. Jangan pernah takut rezeki akan berkurangan andai tinggl bersama mereka kerana mereka adalah sumber inspirasi untuk menjana wang lebih.
9°Mempunyai aset pelaburan hartanah.
10°Nak jalan2 sambil belajar.🙌

Doakan agar NaimyArt berjaya memenuhi impian...

Sunday 1 February 2015

Senangnya dapat pahala

Anda hanya perlu post dkat FB


SUBAHANALLAH

ALHAMDULILLAH

ALLAHUAKBAR

ASTAGHFIRULLAH


automatik ada orang akan baca dan kita akan dapat pahala...