social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Tuesday 17 August 2021

Unboxing Xiaomi Poco M3-Guaranteed gift with HSBC Credit Card

 Assalamualaikum dan salam semua. Walaupun Malaysia tengah resah gelisah akibat penularan virus covid-19 dan virus politik, aku tetap nak cerita tentang hadiah fari HSBC.

Tengok video anak aku unboxing dulu ye.... 



Apa pandangan anda...my anak boleh jadi next malaysia youtuber? Ok kembali kepada kisah POCO M3 ni. Awal tahun hari tu, Mr.Y tanya aku apa aku beli? aku kat rumah dah confius dah sebab tak beli apa-apa. Mr.Y kata dapat masage dari bank berkaitan penggunaan kredit kad dia. Maka untuk kepastian Mr.Y pun call bank tanya detail. Rupa nya ada insan nak guna kredit kad untuk beli topup telefon dalam RM30 je. Kami dapat tahu sebab kami tak pakai telco tersebut. Bila dah macam itu, Mr.Y minta bank sekat dahulu penggunaan kad kredit...dan akhirnya dia buat keputusan untuk tidak menggunakan lagi kad kredit tersebut. Persoalan lepas itu kena mohon kad baru ke tak payah. Jawapan kena sebab bila belanja guna kad kredit kita akan dapat senarai dekat mana kita bayar dan apa kita beli setiap hujung bulan.

Memandangkan kami bukan jenis belanja tak tentu hala, maka ada kad kredit bukan satu ancaman kewangan buat kami. Tugas mencari signup offer terbaik aku serah kepada Mr.Y.  Akhirnya jumpa offer yang kat bawah...Dia sendiri buat keputusan nak ambil....klik link bawah untuk lebih detail...

https://ringgitplus.com/en/blog/ringgitplus/guaranteed-rm600-lazada-voucher-or-xiaomi-poco-m-for-ringgitplus-unbox-this-week-campaign.html

Sebenarnya kalau nak tahu offer-offer menarik bila signup kredit kad ni korg boleh je jengah kat ringgitplus https://ringgitplus.com/en/credit-card/sign-up-offers/

Itu Sajaha perkongsian kali ini....


Sunday 15 August 2021

Permainan "Shop At Home"

  Assalamualaikum dan salam semua. Apa khabar? Lama aku tak keluar dekat blog....masih ada cuma agak sibuk dengan urusan anak-anak. Sibuk-sibuk pun aku masih buat blog walking sehinggalah ada satu saat aku terlihat dekat satu blog tentang permainan KEDAI DALAM RUMAH. 

Menurut penulis blog tersebut permainan ini berasal dari idea seorang blogger mat salleh, dia namakan game sebagai "shop at home."

PERANCANGAN

Oleh kerana terlalu lama anak-anak duduk dalam rumah dan dah sangat lama tak pergi membeli dekat kedai maka kita ajak lah mereka main maianan ini. Situasi perbualan ibu dan anak lebih kurang macam ini lah. Lupa bapa ada sekali.

Humaira: Lama dah kitaorang tak pergi beli kat kedai.
Ummu: Nak membeli ke?
Hana: Nak lah, ummu asyik beli dalam telefon je...(dia kalau tak cari gaduh dengan ummu tak sah...)
Ummu: Nak tak kalau ummu ajak main satu permainan iaitu Shop At Home?
Humaira: Apa shop At home tu?
Ummu: Kedai dalam rumah...kata lama tak pergi membeli...
Hana: Bukan ada kedai pun dalam rumah ni.
Ummu: Adalah, kedai ummu abi.
Humaira: Kan tak sekolah, mana nak dapat duit nak beli dekat kedai ummu abi?
Ummu: Kalau kakak dengan hana buat kerja, laksana tanggungjawab, ummu abi bagi gaji. Lepas itu apa-apa barang dalam senarai jualan ummu abi kalau kakak dengan hana nak kena bayar.
Humaira: Kerja apa paling mahal gaji?
Ummu: Hurm...apa ek...
Abi (tetiba masuk perbualan): Gaji paling mahal adalah dapat jual produk asmak atau arissto.
Hana: Barang paling mahal?
Ummu: Apa benda yang korang nak sangat-sangat.
Humaira: Password telefon ummu abi (ambik ko...)
Ummu: Password tak boleh...lain..
Humaira bisik kat hana...
Humaira & Hana : Ktorg tak nak telefon kitaorang ada family link..Berapa kena bayar?
Abi : RM10000...

Maka selesai perbincangan kami anak beranak. Ummu pun tunjuk duit saidina..reaksi mereka...pakai duit ni ke..ingat duit betul. Tetiba kakak tanya

Humaira: Abi boleh tak nak durian dalam peti
Abi: Seulas durian harga RM20
Humaira: Durian pun abi jual?
Abi: kena jual lah kalau tak abis cepat 
(bila semua hantu durian, maka tetiba abi masukkan durian dalam senarai jualan)
Nenek: Maira malam ni tolong urut nenek
Humaira: Upah urut nenek berapa
Ummu: RM20
Humaira & Hana: Ok nenek, nanti upah buat beli durian...

Maka malam itu selesai mereka urut nenek, mereka terus tuntut upah...tapi untung betul mereka sebab nenek tak faham permainan nenek bagi duit betul RM5 seorang. Aku pun cakaplah, lepas ni kalau nenek nak upah mereka apa-apa, ambil duit saidina je. 

Jom perhatikan gambar-gambarnya...

Siapkan 2 beg saku sebagai tempat mereka nak simpan wang upah yang mereka perolehi. Yang ada line ungu adalah milik Hana.

Ini adalah senarai upah dan barang jualan yang ada dalam kedai ummu abi. Kalau korang nak boleh letak apa-apa ikut kesesuaian korang.

Permainan saidina ini aku beli masa PKP 1.0 tahun lepas. Tahun ni langsung mereka tak usik permainan ini. Duit saidina pun banyak lagi, maka kita pakai ini aja. Ada aku tengok mereka guna sticker untuk tanda anak buat kerja. Tapi pakai duit semangat sikit.

 PERLAKSANAAN

Keesokkan pagi Humaira tanya ummu macam mana nak jual produk Asmak sebab dia bukan ada media sosial seperti FB atau insta. Nak pergi jumpa orang memang tak lah kan. Maka ummu kata, kakak dengan hana boleh buat live menggunakan FB ummu atau abi. Apa lagi semangat mereka, Tetapi ummu bagi syarat, nak live kena siapkan kerja sekolah dan hafal surah yang ustazah suruh. Nampak sedikit kehampaan. 

Lepas kelas google meet, kakak cakap nak gambar barang asmak dan fungsi-fungsinya. Maka ummu bagi beberapa keping seperti berikut....






Mula-mula aku tak tahu kenapa dia minta, sehingga dia tanya berapa harga madu. Rupanya dia letak gambar dekat status wasap dia. Rupanya kawan dia masukkan nombor kakak dekat fon ayah dia. Ada sesetengah ibu bapa akan berikan anak-anak menggunakan telefon mereka untuk membuat kerja sekolah atau apa-apa keperluan sekolah. Maka berjaya lah kakak humaira menjual sebotol madu.

Screen shot atas adalah dari screen telefon kakak humaira, manakala yang bawah adalah dari telefon ummu. 

HASIL SETELAH SEMINGGU

Berikut adalah gaji yang kakak humaira dan hana dapat untuk minggu pertama...

Kakak Humaira berjaya kumpul wang sebanyak RM1190

Kakak Hana berjaya kumpul RM580

KESIMPULAN

Hasil dari permainan ini, aku perhatikan mereka lebih mudah untuk membantu dan membuat kerja sekolah. Sebelum itu aku jelaskan juga bahawa permainan ini sekadar hiburan dan suka-suka sebab membantu ibubapa serta selesai kerja sekolah adalah tanggungjawab mereka sebagai anak dan pelajar. Mereka juga seronok kerana walaupun tak dapat ke kedai masih boleh membeli dengan ummu abi.



Saturday 31 July 2021

Laporan perbelanjaan dan kewangan

Bila abi minta laporan perbelanjaan ummu dan laporan kewangan perniagaan.

Ulya be like.."what??? Januari hingga jun...tapi ulya lahir bulan 3."


Walaupun kerja dari rumah sambil jaga anak saja...kita kena ada sistem.

Masa kecik-kecik ummu selalu duduk dekat tempat jahit tok toki. Kadang buat kerja, kadang saja menyibuk. Sebelum mula kerja, toki akan tanya apa tok belanja sehari sebelumnya untuk rekod dalam buku, lepas tu toki rekod perbelanjaan sendiri. Masa tu lah toki selalu cakap dekat ummu...

"kita nak buat apa2, kena ada sistem. Baru cantik perjalanannya"

Bila dh niaga sendiri baru btul2 faham kenapa toki kata mcm tu.

ok, Ulya nak rehat sekejab, nak fikir mcm mana nak buat laporan ni.

Sunday 11 July 2021

Kecoh Pasal Morotarium.. Nak Ambil Atau Tidak?

Sekarang ni tengah hangat pasal morotarium 3.0....
Sebabnya dari garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak bank...
Morotarium kali ini, nampaknya tidak sama seperti morotarium 1.0  yang diberi oleh pihak bank pada tahun 2020 yang lalu.

Ringkasnya.. Jika kita ambil morotarium kali ini.
Kadar faedah akan bertambah.

Ianya mungkin akan memberikan sedikit kelegaan pada waktu ini,
tetapi, akan membebankan di hari kemudian.
Harap-harap.. dihari kemudian itu.. anda sudah ok dan kuat untuk menampungnya.

Adakah perlu atau tidak ambil morotarium kali ini?

Jawpaan ringkasnya...

Jawapan 1 =  Ya! Jika anda sedang terdesak dan memang tak mampu nak bayar hutang buat masa ini.
Morotarium ini akan mengurangkan sedikit bebanan anda buat masa ini, 
Ia tidak hilangkan hutang.. ia hanya tangguh dan tambah hutang anda ke kemudian hari.

Harap-harapnya,  di kemudian hari tu, situasi kewangan anda sudah bertambah baik dan dapat menampung
bebanan "faedah" tambahan yang dikenakan akibat morotarium yang diambil.

Jawapan 2 =  Tidak! Jika pendapatan anda tidak terjejas dan anda mampu untuk membayar seperti biasa.
Morotarium kali ini tidak sesuai untuk anda berkira-kira dan "saje-saje" kononya nak simpan dan ada "duit lebih" sebab tak perlu bayar hutang.

Satu hakikat yang perlu kita faham dan terima...
Morotarium tidak akan melangsaikan hutang...
Ia hanya menangguhkan hutang dan menjadikan hutang tersebut lebih besar di kemudian hari.

Dan hutang..... adalah sesuatu yang wajib dibayar.

.
.
Hmm... kalaulah hidup ini tiada hutang.. mesti seronok kan?
Ya!... sebenarnya... boleh je kita hidup tanpa hutang!

Klik link dibawah untuk tahu cara hidup bebas tanpa hutang!
https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=13102_71_5_46

Tuesday 6 July 2021

Lebih Untung Dari ASB & Tabung Haji!

Hi Sahabat!

Seperti yang dijangka, pulangan keuntungan KWSP dan Tabung Haji untuk tahun 2020 tidaklah begitu tinggi disebabkan situasi ekonomi seluruh dunia yang terjejas gara-gara pandemik Covid-19.


KWSP hanya mampu memberikan kadar dividen 4.9% sahaja untuk simpanan syariah.
TH pula, hanya memberikan kadar keuntungan 3.1% sahaja.
Jika anda masih ingat, awal tahun haritu, ASB juga ada mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.25% sahaja.

Tiga tempat simpanan wang ini, adalah merupakan tempat utama dan tempat paling ramai orang menyimpan wang... dan ketiga-tiga tempat ini nampaknya, hanya mempu memberikan kadar pulangan... kurang dari 5%.


Disebabkan itu, ramai orang pada waktu ini, sedang mencari-cari tempat yang lebih berbaloi untuk menggandakan duit mereka.


Salah satu tempat yang boleh memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi dan lebih cepat.. adalah pasaran saham!


Kini... Ramai orang memilih saham sebab...

1. Kadar perolehan keuntungan itu, lebih pantas...
Di pasaran saham, 5% keuntungan itu boleh diperolehi dalam masa beberapa hari atau minggu sahaja... berbeza jika mahu dibandingkan dengan pelaburan emas atau hartanah yang mengambil masa bertahun-tahun untuk melihatkan kenaikan sebanyak 5% itu.

2. Kadar cairan yang sangat tinggi.
Tidak seperti hartanah, proses untuk jual beli hartanah, biasanya akan mengambil masa berbulan-bulan dan kadangkala bertahun. Tetapi, untuk pasaran saham.. hari ini beli, jika esok sudah untung, sudah boleh jual dan dapatkan semula cash anda. Ia sangat pantas.

3. Modal Rendah
Jika anda mahu membeli emas, amaun paling kecil yang boleh anda beli adalah 1 dinar = RM 1000. Begitu juga jika anda ingin membeli hartanah , kos permulaannya juga sangat besar dan memerlukan beribu-ribu ringgit untuk bayar deposit dan segala macam yuran. Berbeza dengan saham, anda boleh start melabur dengan modal serendah RM100.



Sebenarnya, ada banyak lagi sebab mengapa orang kini lebih tertarik untuk melabur di dalam pasaran saham berbanding pelaburan-pelaburan lain pada waktu ini.

Namun begitu.... sebelum mahu menjejakkan kaki dalam dunia pelaburan saham...kita mestilah lengkapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu.

Kalau main redah dan masuk sahaja... takut-takut nanti.. rugi besar pula.


Berita baiknya.... kini sudah ada  panduan langkah demi langkah, bagaimana untuk mula melabur di dalam pasaran saham ini.
Panduan ini, telah ditulis oleh seorang bekas doktor gigi yang kini, lebih selesa duduk di rumah dan berjual-beli saham secara online menerusi phone beliau sahaja.


Jika sahabat berminat untuk belajar, bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham..

Boleh klik pada link dibawah!