social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Sunday 25 September 2022

4N5D @ Hospital Pakar Al-Islam

Assalamualaikum dan salam semua. Kira-kira dua minggu lepas Uwais alami batuk yang agak teruk sehingga nampak laju pernafasannya. Apabila nampak pernafasan laju maka aku pun buatlah kiraan Kadar Pernafsan dengan Mr.Y. Macam mana nak kira kadar pernafasan? Mudah saja, cuba buat orang yang diukur berehat supaya pengukuran boleh setepat mungkin. Gunakan set pemasa selama satu minit untuk menjejaki masa dan mengira bilangan kali dada naik dan turun selama satu minit. Hasilnya, Kadar pernafasan Uwais adalah lebih dari kadar Normal iaitu 34 nafas seminit. Sepatutnya pada usia uwais kadar pernafsan tidak boleh melebihi 30 nafas seminit. 
Berikut ialah pecahan julat kadar untuk kanak-kanak:
  • Bayi baru lahir: 30-60 nafas seminit
  • Bayi (1 hingga 12 bulan): 30-60 nafas seminit
  • Kanak-kanak kecil (1-2 tahun): 24-40 nafas seminit
  • Kanak-kanak prasekolah (3-5 tahun): 22-34 nafas seminit
  • Kanak-kanak umur sekolah (6-12 tahun): 18-30 nafas seminit
  • Remaja (13-17 tahun): 12-16 nafas seminit
Selepas itu kami ambil bacaan Oksigen dalam darah menggunakan Oxymeter. Lagi sekali keputusan tak seperti diharapkan, bacaan oksigen yang diperolehi  adalah bawah 95%, sekitar 92% dan 93% sahaja. Apabila dah macam itu, maka Mr.Y suruh bersiap untuk ke hospital. Pada mulanya kami bercadang untuk ke Klinik Halim sahaj, tapi Klinik Halim dah tutup saat kami sampai. Maka Mr.Y meneruskan perjalanan ke Hospital Pakar Al-Islam. Saat sampai doktor memberi neb dan selepas neb bacaan oksigen masih tak ok, begitu juga kadar pernafasan, ditambah dengan kahak banyak. Maka doktor suruh masuk wad, Mr.Y telefon aku untuk tanya macam mana? Aku tanya dah berapa kali neb diberikan. Kata Mr.Y baru sekali, maka aku cakaplah, kalau boleh try minta neb lagi sekali. If ok boleh balik tak perlu stay hospital. 



Bila dah pasti nak atau tak kena masuk wad, maka doktor bagitahu dekat Al-Islam tinggal bilik singgle paling besar. Kadar harga semalaman antara RM250-RM270. Kalau nak ke hospital lain, doktor akan bagi surat rujukan. Aku cakap dengan Mr.Y, biar lah hospital dekat. Bayar lah sikit. Pada aku tak kisah hospital itu kerajaan atau swasta, yang penting dekat. Maka apabila doktor bagi tahu dekat Al-islam hanya tinggal bilik harga RM250, iaitu
lebih RM70 dari nilai kadar bilik yang dicover oleh kad perubatan Uwais. Mr.Y setuju sahajalah. Kenapa masih nak duduk kalau kad perubatan tak dapat cover sepenuhnya, pergi je lah HKL, FREE sebab Mr.Y kerja kerajaan. Sebab nya adalah:
  1. Pengalaman anak sepupu kena tunggu hampir 7 jam nak dapat masuk ke wad di HKL membuat aku rasa ya Allah penatnya nak tunggu dengan anak tak sihat. Swasta kalau kena tunggu sampai 7jam, mesti kena komplain kaw-kaw kan.. Lagi pun pihak hospital swasta kena jaga imej mereka.
  2. Aku terpaksa order grab atau bawa kereta (yang mana sejak bermula PKP 2020 sehingga sekarang aku langsung tak bawa kereta) untuk hantar barang atau apa-apa makanan ke HKL. Ke Al-Islam, aku hanya perlu jalan kaki.
  3. Tak pasti dapat bilik single atau berkongsi. If berkongsi mungkin mak kena teman..macam mana baby ulya menyusu badan.
Tiga sebab dah cukup untuk kami memilih masuk sahaja ke Hospital berbayar. Nampak tak sakit kewangan kat situ jika tiada kad perubatan dan tabung kecemasan.



Kakak Humaira kena denggi tahun 2018, belum datang Covid-19. Maka yang masuk wad dapat keluar beli makanan dan minuman. Aku pun boleh saja nak pergi hantar makanan or peralatan tanpa perlu buat selftest covid-19. Tapi macam aku cakap, aku kena drive nak ke HKL, lepas tu nak cari parking...faham-fahamlah parking HKL macam mana. Masa ini aku ke hospital 2 kali sahaja, untuk hantar sup ketam 
(orang kata bagus untuk denggi, beria pergi pasar dan masak) dan hantar barang keperluan. Maka bila hantar barang, kita drop sahaja depan lobi nya. Mr.Y keluar ambil. Kakak masuk HKL sebab dapat direct referred dari klinik kesihatan kuala lumpur. (2018 Uzayr masih baby menyusu, memang bapak lah teman kat hospital)

Kembali kita kepada kisah Uwais....


Pesen kemasukkan ke wad zaman sekarang kena buat RT-PCR. Ini kena keluar duit sendiri dahulu, nanti kita buat tuntutan dekat Takaful untuk bahagian uwais. Bahagian bayaran abi, sendiri tanggung.
Mana-mana yang bosan boleh lah baca...

Pagi sabtu 10 september, giler ramai orang dekat medan selera kampung baru. Banyak kedai kena beratur nak beli sarapan. Aku pelik lah kenapa lebih ramai dari biasa...RUPANYA ada bola Terengganu lawan Johor malamnya. Ramailah orang pantai timur datang cari makan. 

Pagi itu juga doktor ambil sampel kahak nak buat test. Nak pastikan tiada hamba Allah lain dekat dalamnya sebab hasil scan paru-paru semua clear. Maksudnya doktor kata bukan bronchitis atau pnemonia.


Sebelum hantar barang dekat abi, kita singgah kedai beli apa kudapan untuk abi dan Uwais dulu. Bila dah bawa yang lain, masing-masing nak minta satu barang. Ulya saja tak minta, tapi semua orang dia pau lepas itu.
Apabila ummu tertinggal, kakak humaira lah tukang perabiskan. 

Petang ahad, aku suruh Mr.Y tanya if ada bilik single lain yang lebih murah kadar bayaran semalam. Alhamdulillah dapat dan kadar bayaran adalah dalam nilai yang ditanggung oleh medical card Uwais. Kira hanya 2 malam sahaja kami kena tambah bayaran.

Sebenarnya dari malam lagi dia dah tak sedap badan, tidur nak berunjut dalam buai sahaja. Ummu lah mangsa, kalau abi ada boleh gilir-gilir. Kakak humaira beberapa kali tanya, "ok ke ummu". Ok je lah jawabnya sebab kesian nak minta dia ganti, esoknya nak sekolah kan.

Akhirnya petang isnin, keputusan ujian makmal kahak Uwais keluar. Alhamdulillah semua ok. Maka hanya kahak lah banyak dekat paru-paru. Rawatan yang di dapat adalah sama dengan rawatan pesakit Asma, doktor suspect dia sakit lelah. 

Malam selasa Ulya makin teruk nak berkepit dengan ummu. Masa ini kakak humaira dan hana main peranan sangat melayan Uzayr. Bila Uzayr duduk cakap, "ummu tak sayang uzayr, uzayr sedih sebab ummu tak layan." kenalah duduk peluk dan cakap, adik ulya tak sihat dan dia kena minta kakak tolong nak apa-apa. Alhamdulillah dia faham dan dia kata, "uzayr nak tidur dengan kakak." (if abi ada dia akan tidur atas badan abi hampir setiap malam). 

Al-kisahnya dalam pukul 2 lebih, aku bagi ubat dekat ulya dan unjutlah dia sambil tidur-tidur ayam, tetiba hana bergolek dekat dan rasa basah. Aik!!! hana kencing dalam seluar ke, semak-semak rupanya Uzayr yang kencing. Kejutkan hana suruh tukar baju, tapi hana bukan setakat tukar baju, dia siap mandi dan pakai baju sekolah. Kakak bangun tolog tukar baju uzayr dan lipat tilam basah, ganti toto lain. Hana datang balik ke depan dalam pukul 3pagi dah siap pakai baju sekolah. Maka ummu kena marah sebab tak bagitahu dia awal yang sekarang pukul 3pagi bukan 7 pagi... Aduhai anak....

Akibat dari hal itu, pukul 7 semua tak bangun dan selamatlah anak-anak tak sekolah semuanya. Redho je lah...

Apabila Mr.Y kata doktor bagi discharge, Ya Allah happy sangat. Setidaknya waktu malam boleh gilir-gilir jaga Ulya dengan abi. Sampai Hari Khamis dia nak tidur berunjut malam dan siang. Walaupun khamis dah tak demam tapi badan belum segar sepenuhnya.

Bayaran tambahan ini, kami keluarkan duit dari simpanan kecemasan. Alhamdulillah wang perbelanjaan biasa tak terusik. Maksudnya aku tak perlu nak potong belanja dapur. 

Bila dah keluar hospital, mak tanya berapa kena bayar. Mr.Y cakap lah dalam RM500 termasuk untuk RT-PCR masa nak masuk wad. Mak punya reaksi sama macam aku, murahnya. Sebab pada mak masuk swasta bil mesti ribu-ribu. Dia mengimbau kenangan arwah abah kena bil beribu masuk al-islam. Abah masuk syarikat bayarkan tapi selepas keluar baru buat tuntutan. Maka awal-awal kena dahulukan duit sendiri dahulu. Kita bagitahulah nilai sebenar kena RM5+++.

Bila dah bagitahu nilai bil sebenar, mak tanya lah macam mana tu? Kerajaan bayar ke? Ye lah Mr.Y kerja dengan kerajaan kan, ingat macam abah lah, kerja dengan syarikat, syarikat bayar. Aku cakap lah, kerajaan bayar kalau masuk hospital kerajaan. Kalau swasta ni kena bayar sendiri, tapi Mr.Y ada ambil medical card untuk uwais, maka medical card dia lah bayar. Aku pun ceta lah pasal medical card yang Mr.Y duk bayar bulan-bulan....bla...bla...bla....

Tapi kesimpulan akhir mak dapat, tiap2 bulan bayar RM150, kira dah simpan lebih kurang dlm RM10k lah sepanjang 6 tahun. Bil hospital hari tu kena RM5+++. Maka tinggal lg RM5+++. Mujur tak lebih RM10K, kalau tak kena bayar duit sendiri pulak. Mak ingat tiap-tiap bulan RM150 itu, syarikat takaful tolong simpan. Nak pakai kita keluarkan...
😅😅😅


Tak apa lah mak, anggap je lah macam tu....penat nak cerita balik. (sebab ini bukan kali pertama terangkan dekat mak.)
Hakikatnya,kalau pun kita baru ambil medical card untuk anak dalam 1 tahun dan bayaran baru dalam RM1800, tapi masuk hospital kena bil RM5K, insyalah bil akan dilangsaikan oleh medical card anak tersebut dengan syarat bayaran kita tetap. Bukan bulan ni bayar, bulan depan tak bayar.

Bila anak sakit lah, duit banyak habis bukan ke arah kos rawatan sahaja tapi juga perkara lain seperti
-lebih kerap order online food, baby nak berkepit, mak tak sempat masak
-beli supliment tambahan, nak pastikan yang lain sihat.
-kena cukai mainan oleh anak2, menjaga emosi dan jiwa anak2 lain
-hantar baju untuk keringkan, sibuk urus yang tak sihat..mmg tak menyempatlah nak jemur dan lipat baju.

Nasihat untuk ibu bapa diluar sana... Kalau boleh ambillah medical card yang anda mampu bayar. Murah dulu tak apa, bila kewangan makin stabil, up lah yang lebih baik, yang penting kita ada bantuan kewangan lain saat anda memerlukan.

Apabila adanya medical card dan simpanan kecemasan, kita dapat mengurangkan sakit kewangan terutama yang bekerja sendiri seperti aku. Dah sebulan rasanya tak ada income masuk sebab sibuk uruskan hal-hal lebih penting. (tak apa jihad aini..insyalah ada ganjaran nanti---ini lah ayat memujuk diri sendiri.)

Kebanyakkan di atas aku hanya cerita bab anak sakit dan kesan kepada kewangan. Belum cerita bab emosi. Selalu kalau kewangan sihat, insyalah emosi nak sakit kurang sikit. Tapi kalau kewangan sakit, emosi secara langsung akan terpalit, mana nak belanja harian, nak bayar bil rawatan. Itu yang utama. Yang sampingan kena hargai juga, kerjasama anak-anak dan nenek mereka yang memudahkan urusan ummu abi.
Ini sedikit perkongsian. Mana yang baik, ambil.. saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan penulisan dalam perkongsian kali ini. Terima Kasih.