social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Monday 23 August 2021

Tangguhkan Kepuasan

Tangguhkan Kepuasan 

Ia ibarat tangguh beli TV 50inci demi Lauk sebulan.

Kepuasan TV saiz 50inci pada saiznya..sedangkan Tv bersaiz biasa dan lebih murah boleh dimiliki tanpa hutang.

Namun jika ada di mudah.my atau ada kawan nak jual murah hingga tidak membebankan boleh saja jika tidak berhutang.

Digalakkan apa yang ingin kita beli sekarang, biar orang lain yang bayarkan..

-duit Sewa rumah
-komisen part time(unit trust,takaful,ejen hartanah)
-untung bisnes bukan guna duit modal or duit gaji.

Tangguh kepuasan & elak berhutang

Tuesday 17 August 2021

Unboxing Xiaomi Poco M3-Guaranteed gift with HSBC Credit Card

 Assalamualaikum dan salam semua. Walaupun Malaysia tengah resah gelisah akibat penularan virus covid-19 dan virus politik, aku tetap nak cerita tentang hadiah fari HSBC.

Tengok video anak aku unboxing dulu ye.... 



Apa pandangan anda...my anak boleh jadi next malaysia youtuber? Ok kembali kepada kisah POCO M3 ni. Awal tahun hari tu, Mr.Y tanya aku apa aku beli? aku kat rumah dah confius dah sebab tak beli apa-apa. Mr.Y kata dapat masage dari bank berkaitan penggunaan kredit kad dia. Maka untuk kepastian Mr.Y pun call bank tanya detail. Rupa nya ada insan nak guna kredit kad untuk beli topup telefon dalam RM30 je. Kami dapat tahu sebab kami tak pakai telco tersebut. Bila dah macam itu, Mr.Y minta bank sekat dahulu penggunaan kad kredit...dan akhirnya dia buat keputusan untuk tidak menggunakan lagi kad kredit tersebut. Persoalan lepas itu kena mohon kad baru ke tak payah. Jawapan kena sebab bila belanja guna kad kredit kita akan dapat senarai dekat mana kita bayar dan apa kita beli setiap hujung bulan.

Memandangkan kami bukan jenis belanja tak tentu hala, maka ada kad kredit bukan satu ancaman kewangan buat kami. Tugas mencari signup offer terbaik aku serah kepada Mr.Y.  Akhirnya jumpa offer yang kat bawah...Dia sendiri buat keputusan nak ambil....klik link bawah untuk lebih detail...

https://ringgitplus.com/en/blog/ringgitplus/guaranteed-rm600-lazada-voucher-or-xiaomi-poco-m-for-ringgitplus-unbox-this-week-campaign.html

Sebenarnya kalau nak tahu offer-offer menarik bila signup kredit kad ni korg boleh je jengah kat ringgitplus https://ringgitplus.com/en/credit-card/sign-up-offers/

Itu Sajaha perkongsian kali ini....


Sunday 15 August 2021

Permainan "Shop At Home"

  Assalamualaikum dan salam semua. Apa khabar? Lama aku tak keluar dekat blog....masih ada cuma agak sibuk dengan urusan anak-anak. Sibuk-sibuk pun aku masih buat blog walking sehinggalah ada satu saat aku terlihat dekat satu blog tentang permainan KEDAI DALAM RUMAH. 

Menurut penulis blog tersebut permainan ini berasal dari idea seorang blogger mat salleh, dia namakan game sebagai "shop at home."

PERANCANGAN

Oleh kerana terlalu lama anak-anak duduk dalam rumah dan dah sangat lama tak pergi membeli dekat kedai maka kita ajak lah mereka main maianan ini. Situasi perbualan ibu dan anak lebih kurang macam ini lah. Lupa bapa ada sekali.

Humaira: Lama dah kitaorang tak pergi beli kat kedai.
Ummu: Nak membeli ke?
Hana: Nak lah, ummu asyik beli dalam telefon je...(dia kalau tak cari gaduh dengan ummu tak sah...)
Ummu: Nak tak kalau ummu ajak main satu permainan iaitu Shop At Home?
Humaira: Apa shop At home tu?
Ummu: Kedai dalam rumah...kata lama tak pergi membeli...
Hana: Bukan ada kedai pun dalam rumah ni.
Ummu: Adalah, kedai ummu abi.
Humaira: Kan tak sekolah, mana nak dapat duit nak beli dekat kedai ummu abi?
Ummu: Kalau kakak dengan hana buat kerja, laksana tanggungjawab, ummu abi bagi gaji. Lepas itu apa-apa barang dalam senarai jualan ummu abi kalau kakak dengan hana nak kena bayar.
Humaira: Kerja apa paling mahal gaji?
Ummu: Hurm...apa ek...
Abi (tetiba masuk perbualan): Gaji paling mahal adalah dapat jual produk asmak atau arissto.
Hana: Barang paling mahal?
Ummu: Apa benda yang korang nak sangat-sangat.
Humaira: Password telefon ummu abi (ambik ko...)
Ummu: Password tak boleh...lain..
Humaira bisik kat hana...
Humaira & Hana : Ktorg tak nak telefon kitaorang ada family link..Berapa kena bayar?
Abi : RM10000...

Maka selesai perbincangan kami anak beranak. Ummu pun tunjuk duit saidina..reaksi mereka...pakai duit ni ke..ingat duit betul. Tetiba kakak tanya

Humaira: Abi boleh tak nak durian dalam peti
Abi: Seulas durian harga RM20
Humaira: Durian pun abi jual?
Abi: kena jual lah kalau tak abis cepat 
(bila semua hantu durian, maka tetiba abi masukkan durian dalam senarai jualan)
Nenek: Maira malam ni tolong urut nenek
Humaira: Upah urut nenek berapa
Ummu: RM20
Humaira & Hana: Ok nenek, nanti upah buat beli durian...

Maka malam itu selesai mereka urut nenek, mereka terus tuntut upah...tapi untung betul mereka sebab nenek tak faham permainan nenek bagi duit betul RM5 seorang. Aku pun cakaplah, lepas ni kalau nenek nak upah mereka apa-apa, ambil duit saidina je. 

Jom perhatikan gambar-gambarnya...

Siapkan 2 beg saku sebagai tempat mereka nak simpan wang upah yang mereka perolehi. Yang ada line ungu adalah milik Hana.

Ini adalah senarai upah dan barang jualan yang ada dalam kedai ummu abi. Kalau korang nak boleh letak apa-apa ikut kesesuaian korang.

Permainan saidina ini aku beli masa PKP 1.0 tahun lepas. Tahun ni langsung mereka tak usik permainan ini. Duit saidina pun banyak lagi, maka kita pakai ini aja. Ada aku tengok mereka guna sticker untuk tanda anak buat kerja. Tapi pakai duit semangat sikit.

 PERLAKSANAAN

Keesokkan pagi Humaira tanya ummu macam mana nak jual produk Asmak sebab dia bukan ada media sosial seperti FB atau insta. Nak pergi jumpa orang memang tak lah kan. Maka ummu kata, kakak dengan hana boleh buat live menggunakan FB ummu atau abi. Apa lagi semangat mereka, Tetapi ummu bagi syarat, nak live kena siapkan kerja sekolah dan hafal surah yang ustazah suruh. Nampak sedikit kehampaan. 

Lepas kelas google meet, kakak cakap nak gambar barang asmak dan fungsi-fungsinya. Maka ummu bagi beberapa keping seperti berikut....






Mula-mula aku tak tahu kenapa dia minta, sehingga dia tanya berapa harga madu. Rupanya dia letak gambar dekat status wasap dia. Rupanya kawan dia masukkan nombor kakak dekat fon ayah dia. Ada sesetengah ibu bapa akan berikan anak-anak menggunakan telefon mereka untuk membuat kerja sekolah atau apa-apa keperluan sekolah. Maka berjaya lah kakak humaira menjual sebotol madu.

Screen shot atas adalah dari screen telefon kakak humaira, manakala yang bawah adalah dari telefon ummu. 

HASIL SETELAH SEMINGGU

Berikut adalah gaji yang kakak humaira dan hana dapat untuk minggu pertama...

Kakak Humaira berjaya kumpul wang sebanyak RM1190

Kakak Hana berjaya kumpul RM580

KESIMPULAN

Hasil dari permainan ini, aku perhatikan mereka lebih mudah untuk membantu dan membuat kerja sekolah. Sebelum itu aku jelaskan juga bahawa permainan ini sekadar hiburan dan suka-suka sebab membantu ibubapa serta selesai kerja sekolah adalah tanggungjawab mereka sebagai anak dan pelajar. Mereka juga seronok kerana walaupun tak dapat ke kedai masih boleh membeli dengan ummu abi.