social media

 Like Me Follow Me Follow Me
Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Sunday 16 October 2022

Teruskan bayar takaful dengan niat untuk sedekah.


Kisahnya suatu malam Mr.Y tanya. Awak dah ambil takaful dari zaman belum kawen sampai dah anak lima. Lebih kurang dah 12tahun dah. Tapi tak pernah sekali awak guna. Awak tak rasa rugi ke setiap bulan bayar RM150 dari 12 tahun lepas tapi tak pernah guna?  Kalau nak ikutkan RM150 x 12 x 12 banyak dah tu. Dalam RM20k. Lepas sangat kalau nak buat downpayment rumah low cost. Tak rasa rugi ke?

Aku jawab lah, "kenapa saya pula nak rasa rugi? Dari 12tahun tu, hanya 5tahun awal saja guna duit saya. 7tahun selepas itu dan tahun-tahun mendatang, saya guna duit awak untuk bayar takaful. Awaklah patut rasa rugi."


Mr.Y pun balaslah, "kenapa awak nak bayar guna duit saya bagi bulan-bulan. Boleh je awak guna duit saya bagi untuk belanja benda lain."


Akhirnya aku jawab dengan jujur dan yang sebenarnya, "saya tetap buat bayaran takaful setiap bulan sebab saya nak sedekah. Saya tak jamin yang saya ada sifat istiqamah untuk sedekah setiap hari jumaat tapi bila ada potongan takaful setiap bulan,saya tahu wang saya bayar digunakan untuk orang yang memerlukan. Awak dapat jamin ke yang awak akan tetap istiqamah buat sedekah setiap hari?"


Apa yang aku faham, dalam takaful ada satu konsep dikenali sebagai  tabaru’, iaitu pemberian tanpa mengharapkan balasan. Konsep ini memberikan kelebihan kepada takaful kerana peserta mengerjakan amalan kebaikan dengan menderma kepada mereka memerlukan.


Sedekah dalam takaful ni, ibarat tangan kanan memberi tapi tangan kiri tak tahu. Aku sendiri pun tak tahu duit aku bayar, bahagian sedekahnya itu mengalir kepada siapa dan kemana. Aku anggap je lah, setiap hari ada orang memerlukan pakai duit aku, maka pahala sedekah aku dapat setiap hari. Amin.

 Aku doa-doa lagi, yang pakai duit sedekah aku adalah seorang pelajar yang sedang berjihad. Amin.
So, masih nak rasa rugi ke? Pada aku, buat masa sekarang aku tak rasa rugi langsung, semoga rasa itu kekal, Insyallah.

Monday 1 November 2021

"suruh orang ambil insurans ni, anak-anak sendiri dah ada ke?"



baca post lama🖕 dekat FB...teringat beberapa hari lepas mulut gatal tanya seseorang dah ada insurans ke belum (niat nak bg referral dkat tok laki lah) sekali dia tanya kita pulak..

"suruh orang ambil insurans ni, anak-anak sendiri dah ada ke?"

kita jawab, alhamdulillah dah ada (dekat mulut, dalam hati dop kan nak suruh ambil kalau anak sendiri belum ada) 
 
Dia balas, "semua ke?" Kita jawab lagi, semua lah sebab kita tak pilih kasih anak2...kena adil.

Lepas tu tanya lagi, berapa kita bayar insurans setiap bulan untuk satu keluarga.

Bila kita bagitahu nilai, dia tanya pulak  macamana kita dpt dapat bayar semua tu dengan seorang je kerja (dia nampak laki jer kerja, kita dari lps subuh sampai malam duk kerja tak henti dia tak nampak pulak, itulah nasib WAHM)?

Untuk jawab soalan last tu...panjang ceritanya... nanti kalau rajin kita share lah...yg penting kita tak pernah disuruh catu makanan oleh en.suami.

tengok post lama sbb nak cari benda lain...lain pulak yang muncul...😂


Monday 23 August 2021

Tangguhkan Kepuasan

Tangguhkan Kepuasan 

Ia ibarat tangguh beli TV 50inci demi Lauk sebulan.

Kepuasan TV saiz 50inci pada saiznya..sedangkan Tv bersaiz biasa dan lebih murah boleh dimiliki tanpa hutang.

Namun jika ada di mudah.my atau ada kawan nak jual murah hingga tidak membebankan boleh saja jika tidak berhutang.

Digalakkan apa yang ingin kita beli sekarang, biar orang lain yang bayarkan..

-duit Sewa rumah
-komisen part time(unit trust,takaful,ejen hartanah)
-untung bisnes bukan guna duit modal or duit gaji.

Tangguh kepuasan & elak berhutang