social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Thursday 26 November 2020

"TOLONG BUATKAN AIR HALIA LETAK SERAI SEKALI."


2-3 hari lepas incik suami kata sakit kepala macam ada angin tak lepas & tangkap dekat kepala. Agaknya berpanas lama sangat dekat luar masa keja dekat site.
.
.
So Mamajuju bancuhkan Madu Halia Bentong Asmak & letak hirisan batang serai, buat air suam-suam. 2 kali berulang buat airnya sebab nak ikhtiar bagi angin tu clear.
.
.
Dalam madu ni pun memang ada raja halia, si halia bentong ni. So sesuailah kalau nak cuba legakan angin dalam badan tu kann..Selain beri tenaga, InshaAllah burppp burppp tak kesahlah keluar dari sedawa keee dari kentut kee, asal lega ek.
.
.
Alhamdulillah tengok dia helok pergi keje pagi ni.



Nak lebih info/oder?


Menderita Sakit Pinggang & Sakit lutut ???

Pernah dengar Mak & Ayah mengadu lutut diorg sakit?
Pernah nampak diorang susah payah solat guna kerusi?
Sekarang ni tak payah bedah lutut mak ayah boleh sembuh?



Penggunaan #FreshNCool boleh bantu selesaikan masalah sakit lutut mak & ayah.

FUNGSI
✔️ Menyembuhkan arthritis (sakit lutut akibat kehilangan pelincir).
✔️ Menyembuhkan sakit lutut akibat kecederaan
✔️ Menyembuhkan sakit sendi
✔️ Menyembuhkan sakit tulang
✔️ Menyembuhkan sakit otot
✔️ Melegakan sakit akibat Gout peringkat awal
✔️ Melegakan sakit pinggang
✔️ Melegakan sakit belakang
✔️ Melegakan lenguh-lenguh
✔️ Melegakan bengkak

Testimoni Pengguna







Nak lebih info/oder Fresh & Cool ?

Thursday 19 November 2020

Wahed Pelaburan dalam sarang berbeza

Assalamualaikum... 

Apa yang aku maksudkan dengan pelaburan dalam sarang berbeza adalah dengan melaburkan wang pada beberapa tempat yang berbeza. Jika salah satu tempat mengalami kejatuhan, maka kita masih ada beberapa tempat yang selamat. Rasanya lebih senang faham kalau tengok video kat bawah. 
Kalau nak tengok banyak lagi video menarik pasal kewangan di Channel Fidelity Investments


Pada aku wahed invest merupakan salah satu sarang pelaburan yang aku buat selain ASB dan tabung haji menggunakan lebihan wang aku ada. Ingat konsep pelaburan adalah menggunakan wang lebihan bermaksud anda tidak menggunakan wang simpanan kecemasan dan simpanan keperluan semasa. Wahed investment sendiri melakukan pelaburan dalam sarang yang berbeza. Cuba perhatikan gambarajah dibawah.

Sebelah kiri adalah jenis portfolio yang terdapat dalam Wahed Investment, manakala sebelah kanan adalah peratusan kepelbagaian pelaburan yang dilakukan.

Berdasarkan gambar di atas, korang boleh tahu bahawa dekat wahed investment ada 7 jenis portfolio yang disediakan. Anda tidak perlu risau untuk melakukan pemilihan jenis portfolio kerana system akan membantu anda memilih jenis portfolio yangs sesuai dengan profil risiko anda. Bagaimana sistem ini membantu? Sewaktu hendak mendaftar, anda dikehendaki menjawab beberapa persoalan. Kemudian sistem wahed akan mencadangkan jenis portfolio yang sesuai untuk anda. Macam aku, portfolio jenis aggressive diberikan. Kira berada tangga ke-2 berisiko. Very Aggressive adalah paling berisiko. Maksud berisiko di sini adalah, keuntungan yang bakal diperolehi adalah paling tinggi dan kerugian yang mungkin dialami juga paling tinggi. Paling selamat adalah very conservative, tapi keuntungan pun paling rendahlah.

Baru-baru ini wahed mewujudkan satu lagi jenis portfolio iaitu Emas. Jika jenis portfolio yang lain, pelaburan dilakukan dalam pelbagai jenis syarikat dan industri, manakala emas memang pelaburan dilakukan dalam emas 97.5% dan tunai 2.5%. Satu kelebihan yang diberikan oleh wahed bagi jenis Portfolio Emas, adalah bagi setiap individu yang telah memiliki akaun bagi salah satu portfolio sama ada very aggressive, aggressive, moderate, conservative dan very conservative, individu tersebut boleh juga melabur dalam portfolio emas. Kalau anda hendak tahu lebih jelas tentang hal ini anda boleh terus melawati laman sesawang portfolio wahed invest.

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

Wahed Invest Pendaftaran

Apabila dah siap download dan installl, maka open sahaja aplikasi wahed invest dia terus tunjuk video demo macam mana nak register dan apa perlu buat. Video demo itu sangat membantu pada aku. Demo video adalah seperti dibawah...sebenarnya boleh saja tengok video-video dari wahed dekat channel wahed invest...


Aku mohon buka akaun pada 22 Februari 2020, akaun lulus lambat juga sebab sewaktu buka dia minta pengesahan alamat. Macam mana nak pengesahan alamat adalah melalui surat bank atau apa-apa bil atas nama anda. Aku pula tak sediakan benda itu awal-awal...2 hari lepas daripada itu baru aku muat naikan gambar surat nama aku beserta alamat yang digunakan dalam aplikasi wahed. Selepas pihak wahed review dokumen yang kita upload dan lulus baru kita masukkan deposit. 27 Februari akaun wahed aku lulus dan boleh mula deposit.
Carta alir ini ada dalam Aplikasi wahed tapi hilang bila dah sah mereka terima wang deposit. Kira carta ini memudahkan kita tahu dekat mana dah proses kita buat. Kalau ada apa-apa masalah tulisan biru "learn more' akan apa perlu buat. Macam aku hari tu dia keluar "upload your document'.

Aku masuk deposit RM100 sahaja memula. Dan bila anda dah masuk deposit anda boleh tengok apa kod referal anda. Kod referal aku adalah norbin136. Masa nak buka aku masukkan kod referal Mr.Y. Kenapa penting masukkan kod referal. Sebab kalau kita masukkan kod referal maka tuan milik akan dapat lah duit sikit dalam $5...tukar kepada duit malaysia dapat dalam RM20.

Belum dapat apa-apa...kalau ada yang sudi boleh lah masukkan kod referral aku itu.


Selepas pihak wahed terima deposit RM100 aku, mereka email bagitahu duit aku akan mula dilaburkan dalam tempoh 1-2 hari. Maka secara rasmi 3 Mac 2020 aku dapat pendapatan pertama sebanyak RM4.

Pendapatan pelaburan akan ada naik turunnya.

Sini aku nak kongsi satu lagi video berbahasa melayu tentang wahid ini...


Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

Wahed Invest Pelaburan Patuh Syariah

Wahed Inc., adalah syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia.

Dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2017, dan diperluaskan ke UK setahun kemudian. Aplikasi “Wahed Invest” menyediakan pilihan portfolio yang pelbagai kepada pelabur, seperti dana AS, sukuk, dan dana Dagangan Bursa (ETF).
Platform ini mempunyai sekurang-kurangnya 20,000 akaun di seluruh dunia. Dan kini telah tiba di Malaysia, yang mempunyai hampir 20 juta penduduk Islam.
Di Malaysia, Wahed Invest adalah antara tiga penasihat robo yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia setakat ini, selain daripada StashAway, dan MYTHEO.
Wahed Invest mempunyai empat orang ahli panel Penasihat Syariah, salah seorang  adalah Dr. Aznan Hasan, ahli lembaga syariah AAOIF, ahli panel syariah KWSP, dan Maybank Islamik.
Ini lah muka-muka penasihat syariah mereka.
Penasihat robo (robo-advisors) adalah kategori penasihat kewangan, yang menyediakan nasihat kewangan, atau pengurusan pelaburan secara online.
Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD5 (RM20).
Kod Jemputan: norbin136

Sunday 15 November 2020

Madu Asli Asmak


Madu adalah makanan sunnah yang elok diamalkan setiap hari. Banyak cara penggunaan madu tetapi tips paling utama adalah jangan guna besi. Madu Asli Asmak adalah menggunakan lebah ternak biasa yang sesuai untuk anak kecil serta dewasa.

Kebaikan mengamalkan madu adalah 

  1. Membantu dalam mengurangkan berat
  2. Mengandungi nutrien
  3. Menguatkan sistem imun
  4. Bekalkan tenaga
  5. Baik untuk jantung
  6. Menyembuhkan luka, luka terbakar dan masalah kulit
  7. Menyuburkan kulit dan muka
  8. Merawat batuk

UBATI MASALAH ANDA SEKARANG .

Klik Link untuk sebarang tempahan dan pertanyaan

www.wasap.my/60196158384/PM+MINYAK+HERBAL+ASMAK

Atau boleh terus melakukan pembelian di sini


Beli Sekarang!!!



Wednesday 11 November 2020

Minyak Herba Asmak

 

Apa itu Minyak Herba Asmak?????

Minyak Herba Asmak ialah produk keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn.Bhd. Minyak asmak digunakan sebagai rawatan alternatif herba untuk masalah pernafasan seperti asma/ lelah, semput, sesak nafas, kahak, batuk dan selsema serta pelbagai lagi kegunaan luaran yang lain.

Minyak Herba Asmak diformulasikan daripada kombinasi pelbagai minyak dan herba terpilih, Ianya sesuai digunakan untuk semua peringkat usia dari bayi sehinggalah ke warga emas.


****ISI KANDUNGAN MINYAK HERBA ASMAK

Minyak Herba Asmak ini diperbuat daripada minyak zaitun, minyak kelapa dara, habatussauda, pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat, tapi suci. Gunakan tanpa was-was kerana ia adalah hasil dari R&D dan menggunakan teknologi nano.


****CARA MENGGUNAKAN MINYAK HERBA ASMAK INI ;

1. Tebuk lubang pada "stopper" supaya senang digunakan dan jimat .

2. Goncang sebelum guna.

3. Cara paling asas : Sapu di leher dan ke dada , ke tengkuk dan ke belakang. Juga boleh disapu pada tapak kaki.


****KEISTIMEWAAN MINYAK HERBA ASMAK

1. KOS RENDAH, LEBIH JIMAT– Rawatan alternatif herba yang mudah dan kos rawatan rendah – TANPA nebulizer, TANPA ubat / pil (boleh memberi kesan jangka panjang), sekaligus menjimatkan wang anda !

2. MINYAK PELBAGAI GUNA– Juga boleh digunakan untuk pelbagai masalah luaran seperti gigitan serangga, luka, tergeliat, terkena api, bengkak, lenguh, sakit gigi, kembung / sakit perut dan lain-lain.

3. RAMUAN HERBA– Ramuan daripada formulasi habbatussauda’, minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak gamat dan herba terpilih – diproses dengan teknologi terkini di kilang bertaraf GMP.

4. SESUAI UNTUK SEMUA– Sesuai untuk semua peringkat umur. Kadar sapuan boleh disesuaikan mengikut keadaan, contohnya sapuan nipis untuk bayi.

5. MUDAH DIGUNAKAN– Untuk rawatan asma / lelah – sapu di leher, dada dan belakang, setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Apabila sudah pulih, sapu apabila perlu sahaja.

6. MUJARAB DAN BERKESAN– Dengan ratusan testimoni, produk ini telah menjadi fenomena luar biasa dan diakui oleh ribuan pelanggan yang telah membeli. Hanya perlu sapu !!


UBATI MASALAH ANDA SEKARANG .

Klik Link untuk sebarang tempahan dan pertanyaan

www.wasap.my/60196158384/PM+MINYAK+HERBAL+ASMAK

Atau boleh terus melakukan pembelian di sini

Beli Sekarang!!!


Friday 6 November 2020

Kembara Menuju Allah Ustazah Asma Harun




Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya.


Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.


Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.


 Nak tahu lebih Klik sini..



Thursday 5 November 2020

E-book ke-2 dari Srikandi Saham - Trade What You See Prequel

Assalamualaikum... Sebelum ini aku ada cerita pasal e-book dari srikandi saham yang amat mudah nak difahami oleh orang biasa, orang yang bukan dalam bidang saham dan pelaburan. Alhamdulillah aku belum baca sampai habis tapi dah 75% e-book aku berjaya baca. Kenapa lama sangat masa aku ambik nak baca e-book yang hanya 122 muka surat sahaja? Sebab aku nak faham betul-betul apa yang nak disampaikan. Kalau nak faham betul-betul aku kena buat catatan apa yang aku faham. Belum habis hadam buku 1, srikandi saham dah keluar e-book ke-2. Aku pun tau pasal e-book ke-2 ini melalui Mr.Y. Apa dia cerita dalam e-book ke-2 Trade What You See Prequel? 

Sebelum aku cerita apa yang ada dalam e-book kedua srikandi saham, aku nak share lah sikit apa ilmu aku dapat dari e-book pertama srikandi saham setakat yang aku baca ye. 

  • Pengenalan Srikandi saham cerita bagaimana dia bermula dan kenapa dia memilih untuk bermain saham walaupun modal kecil. Ini menarik sebab bukan semua ada modal besar nak mula main saham. Tapi dia tak suruh kita main beli sahaja saham.
  • E-book pertama Srikandi Saham banyak kongsi kajian kaunter yang dia buat, bagaimana nak buat kajian kaunter. Antara kaunter kaunter yang disentuh adalah Ucrest, keyasic, Perdana, Uzma, Hibics dan lain-lain.
  • Pertama kali aku dengar dan faham apa itu "buy on rumours, sell on news" dan perkaitan sentimen semasa dengan sektor mana yang akan beraksi. Masa awal pandemik covid-19, sentimen harga minyak jatuh giler-giler untuk kita orang biasa. Tapi bagaimana dengan pasaran saham? Dalam ini ada diceritakan.
  • Nak melabur kena ada trending plan. Nak buat trending plan kena tahu kaunter itu buat apa. Maka kena buat kajian kaunter. 
  • Dato' Awang Daud Bin Awang Putra, siapa dia? Korang kenal? Aku tak kenal sebelum baca, dah baca e-book Srikandi Saham baru kenal sikit. Kenapa beliau dikatakan insan yang ada sentuhan emas dalam Bursa Saham? E-book pertama Srikandi Saham turut berkongsi tentang individu penting dalam pasaran saham malaysia. Bagaimana rutin seorang pelabur berjaya turut dikongsikan.
Rasanya cukup 5 dulu apa aku dapat dari e-book trade what you see. Kalau anda nak tahu lebih lanjut jangan segan-segan klik link sini atau banner kat bawah.


E-book ke-2 Trade What You See Prequel dari Srikandi Saham pada aku adalah sambungan kepada buku 1. Kenapa? Bila baca buku pertama, aku fikir dia ni asyik cerita pasal kajian kaunter, plan pelaburan, syarikat-syarikat di bursa Saham, tapi tak ada cerita 

  • bagaimana nak mula?
  • dekat mana nak daftar?
  • apa jenis akaun saham yang ada?
  • kena pergi kaunter ke setiap kali nak beli saham? Sekarang musim covid-19 memang payah nak gerak ke sana sini...tak boleh beli saham guna online ke macam guna Maybank2u?
Rupanya segala persoalan itu ada dalam buku kedua iaitu Trade What You See Prequel.


Pelaburan saham adalah salah satu income yang pada aku mudah untuk surirumah buat kalau faham dan pandai. Maka nak faham dan pandai kita kena belajar dulu, jika baca tak faham bertanya kepada yang lebih faham. Sejak pandemik covid-19 melanda dunia, banyak sahaja sifu-sifu saham yang muncul. Pilih sifu yang betul-betul diyakini dapat membantu ye...Sekian sahaja perkongsian kali ini.


~~~♥YamanaimY♥~~~: File PSD kepada File PDF -ZamZar online file conve...

~~~♥YamanaimY♥~~~: File PSD kepada File PDF -ZamZar online file conve...: Assalamualaikum....nak share satu web yang bagus untuk kita tukar file dari satu jenis kepada jenis yang lain. Aku buat design menggunakan A...

~~~♥YamanaimY♥~~~: Berapa gajimu? hingga kamu rela tiggalkan solatmu.

~~~♥YamanaimY♥~~~: Berapa gajimu? hingga kamu rela tiggalkan solatmu.: Sedar atau tidak, ramai antara kita yang sanggup meninggalkan solat semata-mata hendak menyelesaikan pekerjaan. Ada yang mempersoalkan pula ...Baca Lagi

~~~♥YamanaimY♥~~~: Bila kita ada niat, Allah akan tunjukkan jalan....

~~~♥YamanaimY♥~~~: Bila kita ada niat, Allah akan tunjukkan jalan....: Baru-baru ini Mr.Y kenalkan satu e-book serikandi saham . Bila sebut serikandi aku terus terbayang pejuang wanita. E-book ini adalah kit pe...Baca Lagi

~~~♥YamanaimY♥~~~: e-book serikandi saham

~~~♥YamanaimY♥~~~: e-book serikandi saham: Saham saham saham  Boleh ke surirumah belajar saham? Ada ke saham beli dari rumah? Baik belajar dulu..Kat Mana nak belajar semua bagai. Buka...