social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Monday 15 February 2021

Tips elak kebocoran wang bisnes apabila kita guna produk yang kita jual.

Setiap bulan akan ambil sebotol madu asli, jus asmak gold dan asmak herbs. Tiga atau empat bulan akan ambil asmak baby powder, minyak herba asmak dan fresh n cool untuk kegunaan keluarga sendiri.




Walaupun kita jual produk asmak tapi kita tetap bayar harga sebagaimana customer ke akaun bisnes. Kenapa? sebab kita tak nak berlaku kebocoran wang dalam akaun bisnes. Ramai peniaga buat kesilapan dimana produk untuk jualan diambil untuk kegunaan sendiri tetapi tidak kira ia sebagai jualan, sedangkan ia termasuk dalam modal restok produk setiap bulan. Disitulah berlaku kebocoran sebenarnya.

Kdg2 kita minta husband bayarkan sebab tanggungjawab suami sediakan keperluan menjaga kesihatan anak dan isteri kan. 

Sunday 14 February 2021

Pemenang Giveaway Minyak Herba Asmak!!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)

Assalamualaikum dan salam buat semua. 



Hari ini seperti yang saya janjikan...maka akan saya umumkan pemenang Giveaway Minyak Herba Asmak!!! by Kak Ecah dan Blog Naimy Art. Senarai nama peserta di SINI


Pemenang Utama akan menerima sebotol Minyak Herba Asmak yang bernilai RM39
Peserta nombor 6 adalah blogger anakdenesor
https://www.anakdenesor.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.htm

Di minta AD menghubungi www.wasap.my/60196158384/pemenangutama  bersama maklumat nama, alamat, no telefon 

Pemenang Saguhati akan menerima wang tunai sebanyak RM5. Pemenang saguhati adalah:
Peserta no.11 ~ Cik Ash
Peserta no 5 ~ mamapp 

Diminta ketiga-tiga pemenang saguhati menghubungi www.wasap.my/60196158384/pemenangsaguhati  bersama maklumat nama, no.telefon dan no.akaun bank.

Sekian, terima kasih, Naimy

Friday 12 February 2021

Kesilapan Newbie Saham



1) Rules pertama tidak buat trading plan.
2) Ikut kata orang,buka Telegram ni dia beli ni, buka Telegram ni beli yang lain.
3) Tak faham bila ada pengumuman bonus ,dividen atau share split.
4) Sifat tak sabar.Baru baca ebook saham terus nak kaya😎
5) Bila tengok saham naik terus jadi FOMO iaitu Fear of Missing Out.Maçam sales 11.11 atau 12.12 semua nak rebut beli barang tanpa study harga sebelum dan beli tanpa sebab.

Surirumah Investor
Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading

14/2/2021-pengumuman pemenang giveaway minyak herba asmak

Assalamualaikum dan salam semua. Insyalah ahad 14/2/2021kita buat pengumuman pemenang GIveaway Minyak Herba Asmak...

Nantikan.....

Wednesday 3 February 2021

Apa perlu buat sementara menunggu akaun CDS diluluskan?

Assalamualaikum dan salam semua.

Kali ini aku nak kongsi apa perlu kita buat sementara menunggu akaun CDS diluluskan. Selepas memohon pembukaan akaun CDS kita perlu menunggu lebih kurang 2 minggu untuk ia diluluskan. Ok dengan meletak harapan akaun kita akan lulus tanpa masalah maka apa perlu kita buat...duduk termenung saja atau kira berapa lama lagi nak tunggu. 

Tujuan kita buka akaun CDS adalah untuk kita melakukan jual beli saham kan? Maka apa kata sementara menunggu akaun CDS kita diluluskan, kita buat sedikit homework.

  1. Pilih investment yang macam mana kita nak buat nanti, long term atau short term investment.
  2. Pilih kaunter yang kita nak bagi jenis investment yang kita pilih
  3. fahami ciri kenapa kaunter tersebut layak untuk kita invest
  4. Senaraikan top 5 kaunter dalam semua sektor terutama kaunter sektor yang kita pilih.
Kenapa kita kena buat semua homework ini? Sebab kita nak jadi macam Warren Buffett. Kisah dari warren buffett ini amat menarik.  Boleh baca kisah Warren Buffett dekat sini cerita di sebalik pemilikan saham coca cola oleh warren buffett

Secara ringkas, warren buffett beli saham syarikat yang dia kenal. Maka kita perlu beli saham yang kita tahu, maksudnya kita kenal syarikat tersebut, kita tahu perniagaan jenis apa yang dia buat, adakah dia anak syarikat atau dia syarikat induk. Untuk tahu semua tersebut kena lah buat Homework.

Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading


Sekian, terima kasih, Naimy