social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Wednesday, 3 February 2021

Apa perlu buat sementara menunggu akaun CDS diluluskan?

Assalamualaikum dan salam semua.

Kali ini aku nak kongsi apa perlu kita buat sementara menunggu akaun CDS diluluskan. Selepas memohon pembukaan akaun CDS kita perlu menunggu lebih kurang 2 minggu untuk ia diluluskan. Ok dengan meletak harapan akaun kita akan lulus tanpa masalah maka apa perlu kita buat...duduk termenung saja atau kira berapa lama lagi nak tunggu. 

Tujuan kita buka akaun CDS adalah untuk kita melakukan jual beli saham kan? Maka apa kata sementara menunggu akaun CDS kita diluluskan, kita buat sedikit homework.

  1. Pilih investment yang macam mana kita nak buat nanti, long term atau short term investment.
  2. Pilih kaunter yang kita nak bagi jenis investment yang kita pilih
  3. fahami ciri kenapa kaunter tersebut layak untuk kita invest
  4. Senaraikan top 5 kaunter dalam semua sektor terutama kaunter sektor yang kita pilih.
Kenapa kita kena buat semua homework ini? Sebab kita nak jadi macam Warren Buffett. Kisah dari warren buffett ini amat menarik.  Boleh baca kisah Warren Buffett dekat sini cerita di sebalik pemilikan saham coca cola oleh warren buffett

Secara ringkas, warren buffett beli saham syarikat yang dia kenal. Maka kita perlu beli saham yang kita tahu, maksudnya kita kenal syarikat tersebut, kita tahu perniagaan jenis apa yang dia buat, adakah dia anak syarikat atau dia syarikat induk. Untuk tahu semua tersebut kena lah buat Homework.

Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading


Sekian, terima kasih, Naimy

5 comments: