Pernah satu ketika bermimpi kami menyediakan sebuah rumah beserta pembantu buat orang tua kami. Mimpi datang sejurus selepas melihat kejayaan dan kebahagian ibubapa mereka yang berjaya. Mimpi yang akan kami cuba sebaik mungkin menjadikan kenyataan. Suamiku menyatakan langkah awal adalah mencatat impian tersebut di tempat yang mudah dan senang untuk kita lihat.
Walaupun telah agak lama mimpi itu berlalu tetapi impian tidak pernah terpadam. Setiap hari melihat suamiku tekun mempelajari ilmu untuk berjaya. Apa yng di pelajari dikongsikan denganku bila ada kelapangan, kerana beliau tahu aku tidak berkesemptn untuk duduk mendengar & belajar dengan fokus.
Antara mimpi kami adalah:
1°Membawa ibubapa menunaikan rukun haji ke5. Alhamdulillah, pendaftaran dengan tbung haji telah dilakukan. Wang pun dikumpulkan setiap bulan. Insyalah tak lama lagi.
2°Menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk ibubapa. Ini masih dalam proses, rumah telah ditempah dan masih menunggu kelulusan pinjaman.
3°Menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10K sebulan.
4°Menjadi seorang usahawan yang berjaya berlandaskan syariat islam.
5°Memenuhi setiap keinginan ibubapa kami.
6°Mendidik anak-anak menjadi khalifah yang diredhai Allah. Harta untuk mereka adalah ilmu
7°Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM100K. Untuk kesenangan dan saat kecemasan.
8°Tinggal bersama orang tua kami. Kerana dengan tinggal bersam kami kan dapat menjaga kebjikan mereka. Akumelihat bagaimana arwah cik & ayah menjaga arwah nenek & toki. Tak pernah dengar rungutan wlaupun penat mengikut kerenah mereka. Kerana kata arwah cik, redha dan kebahagian ibubapa menjamin keharmonian rumah tangga. Jangan pernah takut rezeki akan berkurangan andai tinggl bersama mereka kerana mereka adalah sumber inspirasi untuk menjana wang lebih.
9°Mempunyai aset pelaburan hartanah.
10°Nak jalan2 sambil belajar.🙌
Doakan agar NaimyArt berjaya memenuhi impian...
No comments:
Post a Comment