social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Monday, 26 August 2019

Abadikan kenangan UMRAH

Minggu lepas sis terima kiriman gambar whatsapp perjalanan sepanjang umrah seseorang. Apabila suatu gambar dihantar melalui aplikasi whatsapp, maka size dan kualiti gambar secara automatik akan menjadi lebih kecil dan kualiti rendah.  Sis request gambar yang lebih baik dihantar melalui attachment dokument whatsapp, tapi kata pelanggan sis, itu je yang ada.

Sis faham, apabila kita pergi umrah tujuan utama adalah untuk menziarah rumah Allah dan beribadat. Gambar diambil waktu itu untuk tatapan saudara dan anak-anak selain sebagai kenangan. Maka sis cakap dekat si dia, gambar kena banyak editing...sis tak tambah harga cuma sis mintak masa lebih panjang. Maklumlah sis, mak anak empat.

Sis syukur ada pelanggan hantar gambar umrah untuk buat photobook, semangat sis nak kesana tetiba meningkat. Agaknya bila sis berpeluang ke sana.




Inginkan design unik dan khas boleh hubungi kami. http://www.facebook.com/messages/NaimyArt @ Whatsapp: 0196998384/0196158384

1 comment: