social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Sunday 28 March 2021

Set berpantang Asmak CareMe

Assalamualaikum dan salam. Lama betul tak bersiaran. Bukan apa sejak sebulan yang lepas mood nak menulis dan bekerja hilang...asal buka kerja mengantuk...sampai anak tegur, "ummu ni sekarang, buka fon je tidur". Itulah penangan menunggu saat bersalin, kena pula hujung-hujung kehamilan selalu kena pedih ulu hati. 

Alhamdulillah, akhirnya 14 mac 2021, saya selamat melahirkan seorang puteri. Maka post kali ini saya nak share tentang set berpantang yang saya guna kali ini. Ini merupakan set berpantang ke-5 saya guna sejak bergelar seorang mak. 

Serba sedikit set berpantang yang saya pernah guna:

2012, anak sulong~set bersalin salindah
2013, anak ke-2~set berpantang shaklee
2015, anak ke-3~set berpantang amway tropika herbs 
2018, anak ke-4~set berpantang jamu jelita
2021, anak ke-5~set berpantang asmak careMe

Set berpantang Asmak Care Me beserta free giftnya..

Set berpantang Asmak Care Me ada 5 barang didalamnya. Tiga barang untuk ibu dan 2 barang untuk anak. Barang untuk ibu adalah, feminine wash, mummy oil dan mummy lotion. Manakala untuk bayi pula adalah baby oil dan balm asmak. Kita pergi satu-satu pengalaman pakai produk berpantang Care Me Asmak.

Feminine Wash
Cecair likat jernih bila gosok dengan air berbuihlah...Bila pakai rasa sejuk berangin. Memang buat rasa selesa sangat lepas pakai. 

Mummy Lotion
Ini antara lotion paling panas aku rasa. Rasa pijornya bertambah-tambah bila pakai bekung dan berpeluh. Oleh kerana aku ada masalah alergik peluh maka aku pakai ini tanpa bekung terutama kalau hari panas. Walaupun tak pakai bekung, aku rasa perut cepat kempis. Kelebihan bila pakai dengan bekung kita dah tak perlu serbuk-serbuk untuk buat paste dan tampal dekat perut. Maka kuranglah kerja nak sapu serbuk-serbuk kering yang tercicir dari bekung. Lebih bersih dan selesa macam itu.

Mummy Oil (Minyak Pilis)
Setiap kali beranak aku paling menyampah kalau kena pakai pilis. Bukan apa, sebab aku tak suka bila dia start kering, ada serbuk-serbuk jatuh. Kadang-kadang masuk mata. Anak-anak pulak bila tengok dahi mak bertepek sibuk nak sentuh. Bila diberitahu bahawa set berpantang asmak ini guna minyak pilis bukan serbuk...aku berminat. Bagi alasan ini dekat husband. Sebab husband yang paksa pakai pilis sebelum-sebelum ini, siap tolong tepek time bini tidur. Aku mula pakai dekat hospital lepas bersalin, buka je bau best, eh tak bau minyak-minyak orang beranak. Picit dekat tangan rasa hangat..kita pun sapu kepala, o..hangat-hangat berangin..pastu kita sapu dekat belakang leher gak walaupun dia kata sapu dahi je. 

Balm Asmak
Oleh kerana baby aku ada kuning peringkat awal kelahiran, doktor tak bagi pakai apa-apa balm. Maka 2 hari lepas dia dah di istiharkan bebas jaundis, maka aku mula pakai. Nampak baby selesa tidur dengan balm. Serasi lah tu.

Baby Oil
Baby Oil ini sesuai sangat untuk urut baby. Masa baby kena jaundis, aku kerap sapu nipis-nipis dekat perut, lepas sapu selalunya akan berak. Berak kan bagus untuk hilang jaundis. Tapi jangan lupa jaga makan. Aku tersilap makan makanan ada halia hari ke dua berpantang, hari ke tiga terus bacaan kuning mencank naik sampai doktor tanya. Terus stop segala herba, kerapkan susu baby dan sapu Baby oil Asmak nak bagi baby kerap berak. Alhamdulillah Hari ke4 bacaan turun tapi sikit sahaja, hari ke-5 banyak turun, hari ke-7, ikutkan bacaan dah bebas jaundis tapi doktor suruh berjaga-jaga dan ulang cek kuning hari ke-14. Ini untuk pastikan baby tak kena prolong jaundis.  Baby oil ini aku buat urut abang baby juga. 


Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada yang mencari set berpantang atau hadiah untuk bakal ibu. 

1 comment:

  1. sekarang ada pelbagai jenama set berpantang nih... bagus banyak pilihan mengikut bajet dan keadaan.

    ReplyDelete