Antara pilihan para pelabur dan pedagang hari ini adalah memiliki, membeli dan menjual saham. Saham adalah milikan perkongsian ke atas sesuatu syarikat. Terdapat pelbagai jenis bentuk saham di dunia. Saham yang diapungkan di Bursa, saham amanah, saham khas sesuatu syarikat dan lain-lain. Setiap saham ini adakalanya memberikan pulangan sama ada dalam bentuk dividen, bonus ataupun kenaikan nilai saham yang dimiliki.
Sepertimana ada pelbagai jenis saham dunia, saham akhirat juga ada banyak cabang. Salah satu saham akhirat adalah sedekah.
Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah: 261).
Inilah saham akhirat yang tidak mempunyai risiko akan tetapi nisbah keuntungan 700% dan lebih sepatutnya menarik perhatian ramai untuk memilihnya. Ternyata sesiapa yang memberi kerana ALLAH, pasti akan mendapat pulangan dunia dan akhirat.
Dalam kesibukan mengumpul saham dunia, jangan lupa untuk mengumpul saham akhirat juga. Jom bersedekah.
Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading
No comments:
Post a Comment