social media

 Like Me Follow Me Follow Me
Showing posts with label Asmak Baby Care review produk. Show all posts
Showing posts with label Asmak Baby Care review produk. Show all posts

Monday 3 May 2021

Asmak Baby Care-review

Assalamualaikum dan salam semua.

Salah satu gift yang baby Ulya dapat adalah Set Asmak Baby Care. Aku memang rancang nak ambil set ini sebenarnya tetapi tetiba kakak ipar kata dia nak bagi gift Set Asmak Baby Care ini dekat Ulya...Alhamdulillah, rezeki lah tu.


Asmak Baby Care ada 5 produk dekat dalamnya iaitu, sevenis hair oil, essential oil, Baby wash, baby powder dan baby lotion. Harga satu set ini adalah RM159.

Set Asmak Baby Care didatangkan dalam bentuk seperti di atas. Cantikkan kotak dia. 

Berikut adalah langkah-langkah penggunaan Set Asmak Baby Care






Ini pula adalah pendapat aku setelah menggunakan Set Asmak Baby Care

Secara keseluruhan semua produk baby care Asmak berbau wangi. Baby wash dan baby losyen itu pekat, maka pakai sikit baby wash dah banyak buih dan losyen boleh ratakan banyak ruang. Essential oil aku bukan pakai dekat baby sahaja, kerana bau yang menenangkan dan pakai beberapa titik sahaja maka aku guna juga dekat anak yang lain. Aku perasan kalau sapu essential oil dekat sendi-sendi baby, baby tidur lama (banyak kerja mak boleh selesai nak). Baby powder dan sevenis hair oil memang dah guna sebelum ini dan aku yakin dia mengurangkan masalah ruam peluh dekat anak kecil. Severenis hair oil bau wangi sehingga ada tak nak basuh rambut kalau pakai. Kesimpulannya set penjagaan bayi ini bukan sesuai untuk bayi sahaja tetapi juga untuk orang dewasa dan kanak-kanak. 

Itu sahaja perkongsian saya kali ini.