Apa itu live trade? Live trade maksudnya Srikandi Saham buka peluang untuk orang ramai join dia buat kajian kaunter dan perdagangan secara langsung. Bagus sebab kita tak pernah buat trade, memang blur sangat bila menghadap skrin pasaran saham.
Dalam buku Trade What You See, Srikandi Saham ada mention iaitu trading plan yang baik perlu ada 4 perkara berikut:
- Harga masuk dan kenapa masuk
- Support dekat mana
- Bila nak jual dan kenapa jual
- Bila nak keluar.
Rasa baca buku macam dah faham tapi tak berapa nak jelas kan. Itu lah orang kata nak belajar tak boleh berpandu buku semata kena ada guru. Sekolah pun ada cikgu dan buku teks. Masa Live Trade hari itu Srikandi Saham ada jelas tentang support dan Resistance...Maka lebih faham lah pasal support tu..
Insyaallah kalau ada peluang nak join lagi live trade. Ada beberapa pelabur baru buat pembelian pada hari tersebut. Aku tak buat pun sebab memang niat nak tengok macam mana proses live trade dia dulu.
Sekian, terima kasih, Naimy