social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Tuesday, 12 January 2021

Belajar Saham Guna Paper Trade

Belajar saham guna Paper trade di Bursa Marketplace


Muat turun di PlayStore atau Apple store.

Selesai download boleh daftar percuma akaun.

https://www.bursamarketplace.com/mkt/register

Apa dia Paper trader Maksudnya guna duit tipu tipu tapi nama saham yang betul.

Ia ibarat demo akaun.Duit kita letak Rm10 ribu contohnya.

5ribu beli saham Teknologi 

5ribu beli saham Healthcare

Saham naik kita dapat monitor portfolio kenaikkan.

Sambil belajar baca graph saham sambil itu belajar juga berkenaan saham syarikat yang kita beli.

Kita da ada share kena lah tahu sedikit sebanyak syarikat tu buat apa.

Pakar Saham dunia Warren Buffet pun beli saham yang dia tahu.

Cukup sebulan belajar Paper trade,belajar ebook saham,belajar kelas online barulah Invest duit sendiri beli stok.

Terima kasih kerana membaca, dan ajak rakan rakan lain follow jika bermanfaat.

Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading

Friday, 8 January 2021

1st step itu amat bermakna.



 
2011 adalah tahun kami mendirikan mahligai. Kami buat perancangan untuk berbula madu di Bandung, Indonesia. Telah siap-siap beli tiket awal dengan nilai 2 tiket ke Bandung RM300. (Air asia dulu selalu ada promo kalau beli tiket murah). Nak dijadikan kisah, aku buat keputusan untuk ikut suami selepas berkahwin. Klaaau ikut suami maka aku akan kehilangan pekerjaan.

Sebagai seorang yang biasa pegang duit sendiri, mula terfikir apa nak buat kalau dah ikut husband nanti. Dalam perancangan adalah nak minta kerja dekat area kerja suami tapi tak yakin akan dapat pekerjaan. Masa itu juga aku mula risik-risik tentang jutawan internet. Rezeki datang tak disangka, Sifu Irfan Khairi buat kursus Revolusi Perniagaan Internet dengan promosi yang agak menarik. Masalah tarikh kursus adalah sama dengan tarikh bulan madu kami. Serba salah juga nak pilih, sama ada nak pergi kursus Revolusi Perniagaan Internet atau bulan madu.

Akhirnya kami pilih untuk sertai Kursus Revolosi Perniagaan Internet. Duit yang kami laburkan untuk beli tiket kapal terbang melayang begitu sahaja. Adakah kami menyesal dengan keputusan tersebut? TIDAK kerana ia adalah keputusan paling bijak yang kami buat pada masa tersebut. Hasil dari kursus tersebut kami mulakan perniagaan internet kami tanpa modal melalui program-program affiliate tanpa modal. Apabila telah mendapat kembali pulangan modal bayaran kursus dan tiket, kami mula melabur untuk dropship. Seiring dengan dropship aku pun mula menawarkan perkhidmatan buat design gambar. Alhamdulillah, hasil memberangsangkan.

Orang kata tanpa langkah pertama, kita tak akan kemana. Langkah pertama penting menentukan arah tuju kita dalam kehidupan dan perniagaan. Ini lah kisah langkah pertama Naimy Art.


Dulu ditangan saya ada satu tiket ke Bandung & satu tiket ke Kursus Revolusi Perniagaan Internet oleh sifu Irfan Khairi. Saya mula dengan zero '0'. Allhamdulillah langkah yang tidak akan saya sesal.
NaimyArt bisnes online tanpa modal..buat affiliate je dulu.
Ada modal sikit buat dropship.

Perfume kereta bau kopi

Assalamualaikum, jika anda adalah seorang peminat kopi, anda pasti suka akan baua aroma kopi setiap kali minum. 


Bila dinasihatkan oleh doktor unruk puasa kafein, maka kita pakailah perfume kereta berbau kopi...

Perfume kereta Coffee Aromatico dari sugarbomb ini best juga. Kalau yang tak suka bau kopi insyallah tak akan pening. 


Sekian, terima kasih, Naimy

Thursday, 7 January 2021

Free Gift Roti dan Arissto

Saya nak hadiahkan buat kawan kawan bulan ini.




Dapat rasa kopi & roti Arissto.
Rasa kopi premium tanpa gula dengan mesin Arissto.
Ada kopi O Untuk Abah.
Ada teh hijau untuk mak.
Ada koko untuk anak.
Minat nak rasa nanti wasap Mr.Y di

Review utility

Setiap tahun saya suka mengajak family review Kewangan Sambil buat bajet tahun berikutnya.
So tahun 2020 kita buat penjimatan dari segi utiliti.
1) Astwo to Android box..Saving Rm50 bulanan to Zero bulanan.
2) Max1s fiber to Uni5= Save Rm89 to Rm89 (free Tv)😂
3) Prepaid tunetalk Rm30 to YES Kasi Up Rm15 = save Rm15
4) Tonxcel to tunetalk cun = Rm30 to Rm10 = save Rm20
Total save = Rm85
Muhasabah diri..sambil save sambil melabur.
Rm85*12 Bulan = Rm1020 save yearly
Simpan dalam ASB, 4.25% boleh dapat Rm43 ni😁

Tv percuma tukar maxis fiber kepada uni5