2011 adalah tahun kami mendirikan mahligai. Kami buat perancangan untuk berbula madu di Bandung, Indonesia. Telah siap-siap beli tiket awal dengan nilai 2 tiket ke Bandung RM300. (Air asia dulu selalu ada promo kalau beli tiket murah). Nak dijadikan kisah, aku buat keputusan untuk ikut suami selepas berkahwin. Klaaau ikut suami maka aku akan kehilangan pekerjaan.
Sebagai seorang yang biasa pegang duit sendiri, mula terfikir apa nak buat kalau dah ikut husband nanti. Dalam perancangan adalah nak minta kerja dekat area kerja suami tapi tak yakin akan dapat pekerjaan. Masa itu juga aku mula risik-risik tentang jutawan internet. Rezeki datang tak disangka, Sifu Irfan Khairi buat kursus Revolusi Perniagaan Internet dengan promosi yang agak menarik. Masalah tarikh kursus adalah sama dengan tarikh bulan madu kami. Serba salah juga nak pilih, sama ada nak pergi kursus Revolusi Perniagaan Internet atau bulan madu.
Akhirnya kami pilih untuk sertai Kursus Revolosi Perniagaan Internet. Duit yang kami laburkan untuk beli tiket kapal terbang melayang begitu sahaja. Adakah kami menyesal dengan keputusan tersebut? TIDAK kerana ia adalah keputusan paling bijak yang kami buat pada masa tersebut. Hasil dari kursus tersebut kami mulakan perniagaan internet kami tanpa modal melalui program-program affiliate tanpa modal. Apabila telah mendapat kembali pulangan modal bayaran kursus dan tiket, kami mula melabur untuk dropship. Seiring dengan dropship aku pun mula menawarkan perkhidmatan buat design gambar. Alhamdulillah, hasil memberangsangkan.
Orang kata tanpa langkah pertama, kita tak akan kemana. Langkah pertama penting menentukan arah tuju kita dalam kehidupan dan perniagaan. Ini lah kisah langkah pertama Naimy Art.
Dulu ditangan saya ada satu tiket ke Bandung & satu tiket ke Kursus Revolusi Perniagaan Internet oleh sifu Irfan Khairi. Saya mula dengan zero '0'. Allhamdulillah langkah yang tidak akan saya sesal.
NaimyArt bisnes online tanpa modal..buat affiliate je dulu.
Ada modal sikit buat dropship.
Alhamdulillah pilihan yang akhirnya membawa hasil kepada sis..
ReplyDeleteTak usaha maka tak datanglah hasilnya kan sis..
Semoga terus maju jaya.. Aamiin..