social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Friday, 1 January 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021-Tatatertib Azam Tahun Baru Mengikut Islam




1. Bermuhasabah dan membaiki diri
  • Sebelum memulakan azam yang baru, kita haruslah melihat kembali apa yang kita sudah lakukan pada tahun yang sebelum ini. Kita cuba bermuhasabah dan lihat di mana salah dan silap kita.
  • Tidak mungkin kita langsung tidak mempunyai salah dan silap sebab manusia ni bukanlah sempurna dan kita memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kita haruslah perbaiki diri kita kembali.
  • Jadikan diri kita lebih baik daripada sebelum ini. Semua orang diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri mereka. Ajaran Islam juga menuntut kita agar sentiasa mengubah diri kita menjadi lebih baik.
  • Sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam kita suci Al-Quran, “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu sendiri mengubahnya.”

2. Memasang Niat Azam Kerana Allah Taala
  • Di dalam melakukan tiap-tiap perkara mestilah diiringi dengan niat kerana Allah. Jangan sekali-kali memasang niat azam baru adalah untuk diri sendiri, atau untuk ibu bapa. Tetapi, niatkan kerana Allah s.w.t.
  • Kita hidup di bumi ini juga kerana Allah, dan kita mati kemudian nanti juga kerana Allah. Allah yang telah mengaturkan perjalanan hidup kita di bumi ini, maka kita haruslah taat dan patuh kepadaNya.
  • Kita harus yakin dan percaya bahawa Allah itu Maha Melihat. Oleh itu, tunjukkan kepadaNya bahawa kita akan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Lebih-lebih lagi orang yang memasang niat kerana Allah, Allah akan bantu mereka hingga berjaya selagi mana niat mereka itu tidak terpesong.
  • Niatkan azam tahun baru anda kerana Allah Taala. Kerana niat yang betul akan membawa anda ke jalan yang betul.

3. Lakukan Azam Sebagai Ibadah
  • Apabila kita telah niatkan azam tahun baru kita kerana Allah Taala, maka segala yang kita lakukan akan menjadi amal ibadah. Kerana apa pun perkara yang diniatkan kerana Allah akan menjadi perkara sunat.
  • Ini bermakna perkara yang kita lakukan demi Allah menjadi sunat dan kita mendapat pahala atas apa yang kita kerjakan. Faham ke tak faham? 🤔
  • Apabila perkara yang kita lakukan menjadi ibadah, hatta kita gosok gigi kerana Allah Taala juga menjadi ibadah sunat dan mendapat pahala.
  • Oleh itu, setelah kita memasang azam baru, kita haruslah berusaha untuk mencapaikan azam tersebut. Dengan niat yang betul, semoga ianya menjadi ibadah dan mendekatkan diri kita kepada pencipta kita. Apabila kita mendapat keredhaan Allah, In Syaa Allah, urusan kita akan dipermudahkan oleh Nya.

2 comments:

  1. Selamat tahun baru 2021, in syaa allah semoga yg baik2 milik kita semua.. amin

    ReplyDelete