social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Friday 4 December 2020

3 Rahsia Menjual Produk Mahal Secara Online.

Assalamualaikum dan selamat pagi, pernah tak anda hadapi situasi dimana pelanggan kata produk anda mahal. hakikat harga produk anda tidak sampai RM20 pun. Pernah suatu saat saya letak harga untuk design tak sampai RM10 tetap diminta pengurangan. Tapi saya tetap dengan nilai harga upah yang sama dengan alasan kerana design saya bukan datang tanpa modal, saya mengorbankan masa tidur, masa melayan anak-anak, dan suami, saya mengeluarkan modal setiap bulan membayar eletrik dan internet seterusnya yang utama saya mengeluarkan modal untuk belajar tentang design, peralatan, trend dan software terbaru. Apa-apa perniagaan yang kita jalankan perlu seiring dengan perubahan semasa barulah perniagaan kita tidak ketinggalan.  

Pada penjual, barang yang dijual dah murah sangat tapi pada pelanggan mungkin ia mahal. Hakikat walaupun mahal, jika mereka betul-betul memerlukan, mereka akan beli walau apa harganya.


Kali ini saya nak kongsi 3 rahsia menjual produk mahal (dikatakan mahal) secara online.

1. Jual kepada orang yang tepat.
Ramai yang buat silap dengan menjual kepada orang ramai tanpa tahu sasaran pembeli sebenar produk mereka. Bagaimana nak kenali pelanggan yang tepat? Anda kena kenal fungsi dan kelebihan produk anda. Seterusnya kenal pasti lokasi, status kewangan dan jenis emosi pelanggan anda. 

2.Sentiasa fokus untuk menampakan nilai produk anda.
Fitrah manusia mudah tertarik kepada sesuatu yang beremosi. Dalam konsep penjualan pula, teknik bercerita amat berkesan. Gunakan konsep "fact tells, story sells". Apa yang perlu anda buat adalah perbanyakkan kandungan pemasaran melalui testimoni, pengalaman dan nampakkan diri sebagai seorang yang pakar. Seterusnya jadikan produk anda sebagai penyelesai dan pemudah kehidupan mereka. 

3.Database
ini paling penting, setiap database perlu disimpan untuk kita buat followup. Melalui database anda akan wujud silaturahmi. 
"DALAM SILATURAHMI ADA REZEKI"

Jika hubungan kita dengan mereka baik, mereka akan bercerita tentang kita serta produk kita kepada kenalan mereka. Adakala mereka tak menggunakan produk kita lagi, tetapi sebab hubungan silaturahim yang baik maka mereka bercerita. Lagi banyak cerita kalau mereka menggunakan produk kita. 

itu sahaja perkongsian kali ini.
Sekian, terima kasih, Naimy

Wednesday 2 December 2020

Duit Rm10K KWSP Apa Perlu Buat

Assalamulaikum....minggu lepas kita telah mendapat pengesahan bahawa rakyat Malaysia yang layak boleh mengeluarkan wang RM10k dari akaun 1 KWSP mereka. Adakah anda tersenarai dalam individu yang layak? Kalau layak apa perancangan anda dengan nilai wang RM10k? 

 
Berdasarkan gambar di atas anda pilih yang mana? RM10k, bawa keluarga bercuti, jadikan modal bisnes, membeli belah, buat pelaburan atau buat renovasi rumah? 

Saya nak tegaskan disini yang saya bukan pakar pengurusan kewangan, apa yang akan saya kongsikan ada sekadar pendapat seorang surirumah berstatus ibu bekerja dari rumah.

Apabila diumumkan pengeluaran dapat dilakukan, maka ramai yang akan mula memeriksa syarat dan kelayakan serta nilai simpanan dalam KWSP. Saya percaya dalam kepala masing-masing pelbagai perancangan yang berlegar. Persoalannya apakah perancangan kita seiring dengan keperluan kita? 

Jika saya salah seorang yang akan mengeluarkan wang RM10k tersebut, maka saya akan bahagikan wang tersebut kepada tiga bahagian iaitu, 4/10 tambah simpanan kecemasan, 3/10 tambah pelaburan dan 3/10 modal tambahan perniagaan.

Simpanan Kecemasan
Kenapa simpanan 4/10. saya percaya sejak PKP dilaksanakan, ramai yang mula menggunakan simpanan kecemasan (jika adalah) untuk menampung keperluan kehidupan keluarga. Walaupun saya belum menggunakan wang simpanan kecemasan semenjak PKP dilaksanakan tetapi saya mempunyai perancangan menambah ahli keluarga. Apabila berlaku pertambahan ahli keluarga, perbelanjaan akan meningkat. Seiring dengan itu simpanan kecemasan perlu bertambah. Selain itu, pertambahan simpanan kecemasan penting untuk memanjangkan kelangsungan hidup keluarga jika berlaku sesuatu yang tak diingini. Saya cadangkan setiap keluarga ada simpanan kecemasan sekurang-kurang 3 bulan pendapatan. Nak lebih selesa adakn lah sehingga 12bulan pendapatan. Kalau sebulan dapat jana pendapatan RM4k maka simpanan kecemasan untuk setahun adalah RM48k. 

Pelaburan
Jika anda belum ada apa-apa pelaburan. Inilah masa yang sesuai untuk anda mula membuat pelaburan. Bagi yang telah ada pelaburan, ini adalah masa sesuai untuk tambah pelaburan. Jangan guna alasan surirumah tak boleh buat pelaburan. Banyak jenis pelaburan yang boleh anda ceburi untuk menambah pendapatan. Tapi sebelum memulakan apa-apa pelaburan anda perlu menimba ilmu serba sedikit tentang pelaburan. Ada yang kata beli emas sebagai pelaburan..ok anda boleh pilih emas sebagai pelaburan sambil bergaya. Berikut adalah graf kenaikkan harga emas sejak 5 tahun lepas. Anda boleh nilai sendiri...

sumber: https://goldprice.org/ms/gold-price-history.html

Saya setuju jika anda kata harga emas berlaku kenaikan hampir setiap tahun. Tapi pada saya nak dapat pulangan besar dalam pelaburan emas, memerlukan modal yang besar. Sedangkan saya boleh jana pendapatan dengan modal serendah RM500 dengan ilmu dan guru yang betul dalam pelaburan saham. Anda boleh baca kisah bagaimana Srikandi Saham dalam buku Trade What You See memulakan pelaburan saham hanya dengan modal RM500. Nampak mustahilkan, tetapi jika kita betul belajar dari guru yang betul, Insya Allah boleh buat sebagaimana beliau.

Selain itu anda juga boleh melabur menggunakan sistem robo advisor seperti Wahed Invest, Stash Away dan beberapa lagi yang terdapat di Malaysia. Sebab utama kenapa saya pilih robo advisor adalah kerana saya tak pandai membaca kaunter saham lagi, masih belajar kata orang. Maka untuk tidak membuang masa dengan hanya belajar sahaja, saya pilih wahed invest sebagai sarang pelaburan awal. Sedikit perkongsian, saya telah mula melabur dalam wahed invest semenjak Febuari 2020 dengan modal permulaan RM100 Setakat 22 November 2020 pendapatan saya melalui wahed adalah seperti berikut 
Daripada RM100 modal saya telah bertambah RM50.36 dan penolakan RM1.20 bagi Wahed Fees. Cash Bonus adalah pendapatan dari referral code.

Anda boleh baca disini untuk tahu lebih lanjut tentang apa itu Robo Advisor dan pilihan robo advisor yang ada di Malaysia.

Bahagian pelaburan saya tak tekankan untuk pelaburan yang memerlukan modal besar, pelaburan modal besar seperti beli hartanah atau rumah agak sukar bagi yang baru nak mula berjinak dalam bidang pelaburan. Lagipun kita bercakap tentang nilai RM10k yang keluar dari KWSP.

Modal Perniagaan
Ramai kehilangan pekerjaan semenjak pandemic Covid-19 melanda dunia. Ada yang telah berniaga mengalami kerugian akibat pandemik ini juga. Bagi yang belum memulakan apa-apa perniagaan, jangan mulakan bidang perniagaan ikut-ikut orang...sebaliknya mulakan perniagaan dalam bidang yang anda ada kemahiran dan pengetahuan. Contoh, jika sebelum ini anda pernah kerja sebagai chef di mana-mana hotel (ramai pekerja hotel kena buang sebab tak ramai pelancong, maka buat perniagaan dalam makanan, makanan apa? ikut kepakaran anda, pakar masak apa? Itu bagi yang nak mula berniaga bagi yang telah ada perniagaan tetapi pendapatan terjejas akibat pandemic, seperti saya...saya cadangkan suntikan sebahagian modal anda kedalam ilmu. Belajar cara nak pasarkan barang dalam norma baru. Apa yang saya perasan, sejak pandemik melanda, pembelian secara atas talian meningkat. Sebahagian lagi gunalah untuk menambah aset perniagaan yang berguna atau modal pembelian produk anda. 

Sebelum covid melanda saya fokus kepada bidang design, tetapi sejak pandemik melanda saya mula menjual e-book Trade What You See, Trade What You See Prequel, Promo referral code Wahed invest dan sertai team Asmak. Selain buat design saya juga suka berkongsi tentang apa saya baca dan buat dalam blog personal saya. Disitulah saya menggunakan kemahiran bercerita dan mengedit gambar untuk mempromosikan link affiliate e-book dan referral code Wahed investment. Alhamdulillah pendapatan agak memberangsangkan. 

Ini contoh pendapatan satu bulan dari salah satu link affiliate e-book yang berjaya saya janakan. Bayangkan jika anda ada beberapa buah e-book untuk dikongsi link dengan orang ramai berapa pendapatan anda sebulan.

Hampir sebulan yang lepas saya mula Team Asmak Kak Rose yang menjual produk-produk Asmak. Saya sertai sebagai dropship sebagai permulaan. Kisahnya suami saya menggalakkan saya berkongsi kebaikan produk asmak terutama kepada anak-anak. Dulu hampir setiap bulan anak lelaki kena tonsilitis dengan demam yang tinggi, semenjak amalkan madu asmak dan minyak herba asmak, kekerapan terkena tonsilitis berkurangan.

Ini adalah artikel yang dikongsi dalam blog personal sebelum mengamal produk Asmak secara serius. Alhamdulilah sejak serius amalkan produk Asmak, Uwais belum menjejak kaki ke hospital atau klinik akibat tonsilitis. Terpaksa screenshot artikel ini sebab kalau share link FB akan block posting kali ini.

Jika anda berminat untuk dapatkan produk Asmak boleh buat pembelian di web berikut:

PRODUK BUMIPUTRA PILIHAN RAMAI IBU DI MALAYSIA


Apa yang saya nak kongsikan disini adalah, sebahagian wang KWSP itu dijadikan modal untuk membeli e-book atau produk yang akan kita jual. Kenapa kita kena beli dulu sebelum jual? Supaya kita tahu apa kita nak kongsikan kepada orang ramai. 

Rasanya itu sahaja perkongsian saya kali ini. Harap bermanfaat terutama kepada yang masih tercari-cari apa perlu buat andai layak keluarkan Wang RM10k dari akaun 1 KWSP. 

Sekian, terima kasih.


Thursday 26 November 2020

"TOLONG BUATKAN AIR HALIA LETAK SERAI SEKALI."


2-3 hari lepas incik suami kata sakit kepala macam ada angin tak lepas & tangkap dekat kepala. Agaknya berpanas lama sangat dekat luar masa keja dekat site.
.
.
So Mamajuju bancuhkan Madu Halia Bentong Asmak & letak hirisan batang serai, buat air suam-suam. 2 kali berulang buat airnya sebab nak ikhtiar bagi angin tu clear.
.
.
Dalam madu ni pun memang ada raja halia, si halia bentong ni. So sesuailah kalau nak cuba legakan angin dalam badan tu kann..Selain beri tenaga, InshaAllah burppp burppp tak kesahlah keluar dari sedawa keee dari kentut kee, asal lega ek.
.
.
Alhamdulillah tengok dia helok pergi keje pagi ni.



Nak lebih info/oder?


Menderita Sakit Pinggang & Sakit lutut ???

Pernah dengar Mak & Ayah mengadu lutut diorg sakit?
Pernah nampak diorang susah payah solat guna kerusi?
Sekarang ni tak payah bedah lutut mak ayah boleh sembuh?



Penggunaan #FreshNCool boleh bantu selesaikan masalah sakit lutut mak & ayah.

FUNGSI
✔️ Menyembuhkan arthritis (sakit lutut akibat kehilangan pelincir).
✔️ Menyembuhkan sakit lutut akibat kecederaan
✔️ Menyembuhkan sakit sendi
✔️ Menyembuhkan sakit tulang
✔️ Menyembuhkan sakit otot
✔️ Melegakan sakit akibat Gout peringkat awal
✔️ Melegakan sakit pinggang
✔️ Melegakan sakit belakang
✔️ Melegakan lenguh-lenguh
✔️ Melegakan bengkak

Testimoni Pengguna







Nak lebih info/oder Fresh & Cool ?

Thursday 19 November 2020

Wahed Pelaburan dalam sarang berbeza

Assalamualaikum... 

Apa yang aku maksudkan dengan pelaburan dalam sarang berbeza adalah dengan melaburkan wang pada beberapa tempat yang berbeza. Jika salah satu tempat mengalami kejatuhan, maka kita masih ada beberapa tempat yang selamat. Rasanya lebih senang faham kalau tengok video kat bawah. 
Kalau nak tengok banyak lagi video menarik pasal kewangan di Channel Fidelity Investments


Pada aku wahed invest merupakan salah satu sarang pelaburan yang aku buat selain ASB dan tabung haji menggunakan lebihan wang aku ada. Ingat konsep pelaburan adalah menggunakan wang lebihan bermaksud anda tidak menggunakan wang simpanan kecemasan dan simpanan keperluan semasa. Wahed investment sendiri melakukan pelaburan dalam sarang yang berbeza. Cuba perhatikan gambarajah dibawah.

Sebelah kiri adalah jenis portfolio yang terdapat dalam Wahed Investment, manakala sebelah kanan adalah peratusan kepelbagaian pelaburan yang dilakukan.

Berdasarkan gambar di atas, korang boleh tahu bahawa dekat wahed investment ada 7 jenis portfolio yang disediakan. Anda tidak perlu risau untuk melakukan pemilihan jenis portfolio kerana system akan membantu anda memilih jenis portfolio yangs sesuai dengan profil risiko anda. Bagaimana sistem ini membantu? Sewaktu hendak mendaftar, anda dikehendaki menjawab beberapa persoalan. Kemudian sistem wahed akan mencadangkan jenis portfolio yang sesuai untuk anda. Macam aku, portfolio jenis aggressive diberikan. Kira berada tangga ke-2 berisiko. Very Aggressive adalah paling berisiko. Maksud berisiko di sini adalah, keuntungan yang bakal diperolehi adalah paling tinggi dan kerugian yang mungkin dialami juga paling tinggi. Paling selamat adalah very conservative, tapi keuntungan pun paling rendahlah.

Baru-baru ini wahed mewujudkan satu lagi jenis portfolio iaitu Emas. Jika jenis portfolio yang lain, pelaburan dilakukan dalam pelbagai jenis syarikat dan industri, manakala emas memang pelaburan dilakukan dalam emas 97.5% dan tunai 2.5%. Satu kelebihan yang diberikan oleh wahed bagi jenis Portfolio Emas, adalah bagi setiap individu yang telah memiliki akaun bagi salah satu portfolio sama ada very aggressive, aggressive, moderate, conservative dan very conservative, individu tersebut boleh juga melabur dalam portfolio emas. Kalau anda hendak tahu lebih jelas tentang hal ini anda boleh terus melawati laman sesawang portfolio wahed invest.

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136