social media

 Like Me Follow Me Follow Me
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 14 December 2021

Jimat giler beli online dan bayar guna GrabPay - Promo Disember 2021

Assalamualaikum dan salam semua... Semalam kita beli McD menggunakan web McDelivery. Banyak juga kita order semalam iaitu Double Prosperity burger satu set, Prosperity Burger alacart dua, Happy meal satu set dan nugger 9 ketul. Total dalam RM83.++. Waktu nak bayar tu kita ingat Mr.Y ada topup kita punya GrabPay hujung minggu lepas dalam RM250 sebab nak bayar kat aeon. Bukan apa, bayar cash nilai sama tak dapat point, tapi kalau pakai GrabPay dapat point. Kenapa pakai kita punya GrabPay, tak pakai Mr.Y punya? Sebab kita dah Peringkat Platinum dalam Grab Reward Member. Bila Platinum ni, setiap point akan darab 3, maka lebih untung berbanding Mr.Y yang status silver. Nampak sangat bini Mr.Y banyak beli online. Ok berbalik kepada cerita McD tadi, maka kita pilihlah pembayaran secara e-wallet dekat McDelivery web tu.

Lepas tu automatiklah kita masuk dekat web grabkan.. tengok dekat 'add offer' belah kiri. Saja tekan kot-kot ada offer kan. Nak pakai point sayang. Sekali ada kuar 3 offer, maka kita pilih offer  30GRABPAYDEALS. Tengok-tengok dia tolak dalam RM25. Banyak tu. Tak caya tengok screen shot bawah ye...

Dari RM83 aku kena bayar dalam RM58 je... Jimat dah RM25. Kat bawah kita kongsi T&C dari web grab pasal promo ni.

  1. Offer is valid from 1 December 2021 (12:00am) – 31 December 2021 (11.59pm).
  2. Offer is valid for 30% OFF, capped at RM30 with no minimum spend required.
  3. To apply the offer, users are to key in 30GRABPAYDEALS at the GrabPay payment page OR tap on “Add Offers” to view all applicable promo codes and tap on “Use Now” to apply the offer.
  4. Offer is not valid at all the listed merchants, list is inclusive and not limited to: GrabGifts, FavePay, Carousell, FoneApp, Elinking, PosMalaysia, HelloGold, ALL bill payments platform and/or insurance payment platform, ALL telco payment platforms, ALL government services payment platforms and etc.
  5. Offer is limited to TWO (2) redemptions per user per device throughout the campaign period.
  6. Offer is limited to a total of 300,000 redemptions throughout the campaign period.
  7. Offer is based on a first come first served basis. The offer will cease once the redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
  8. Grab shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
  9. Offer is not valid with any other discounts or promotions.
  10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
  11. Grab reserves the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and condition at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab shall be final.
  12. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.

So kepada yang nak giler jimat, boleh lah buat pembayaran guna GrabPay payment page. Setiap nombor fon yang didaftarkan dapat pakai 2 kali. Tapi kena tengoklah kedai mana boleh pakaikan...tak dapat pakai promo pun boleh je bayar pakai grabpay, sebab confirm dapat point.

Setakat itu dulu perkongsian pagi ini.

Friday, 4 December 2020

3 Rahsia Menjual Produk Mahal Secara Online.

Assalamualaikum dan selamat pagi, pernah tak anda hadapi situasi dimana pelanggan kata produk anda mahal. hakikat harga produk anda tidak sampai RM20 pun. Pernah suatu saat saya letak harga untuk design tak sampai RM10 tetap diminta pengurangan. Tapi saya tetap dengan nilai harga upah yang sama dengan alasan kerana design saya bukan datang tanpa modal, saya mengorbankan masa tidur, masa melayan anak-anak, dan suami, saya mengeluarkan modal setiap bulan membayar eletrik dan internet seterusnya yang utama saya mengeluarkan modal untuk belajar tentang design, peralatan, trend dan software terbaru. Apa-apa perniagaan yang kita jalankan perlu seiring dengan perubahan semasa barulah perniagaan kita tidak ketinggalan.  

Pada penjual, barang yang dijual dah murah sangat tapi pada pelanggan mungkin ia mahal. Hakikat walaupun mahal, jika mereka betul-betul memerlukan, mereka akan beli walau apa harganya.


Kali ini saya nak kongsi 3 rahsia menjual produk mahal (dikatakan mahal) secara online.

1. Jual kepada orang yang tepat.
Ramai yang buat silap dengan menjual kepada orang ramai tanpa tahu sasaran pembeli sebenar produk mereka. Bagaimana nak kenali pelanggan yang tepat? Anda kena kenal fungsi dan kelebihan produk anda. Seterusnya kenal pasti lokasi, status kewangan dan jenis emosi pelanggan anda. 

2.Sentiasa fokus untuk menampakan nilai produk anda.
Fitrah manusia mudah tertarik kepada sesuatu yang beremosi. Dalam konsep penjualan pula, teknik bercerita amat berkesan. Gunakan konsep "fact tells, story sells". Apa yang perlu anda buat adalah perbanyakkan kandungan pemasaran melalui testimoni, pengalaman dan nampakkan diri sebagai seorang yang pakar. Seterusnya jadikan produk anda sebagai penyelesai dan pemudah kehidupan mereka. 

3.Database
ini paling penting, setiap database perlu disimpan untuk kita buat followup. Melalui database anda akan wujud silaturahmi. 
"DALAM SILATURAHMI ADA REZEKI"

Jika hubungan kita dengan mereka baik, mereka akan bercerita tentang kita serta produk kita kepada kenalan mereka. Adakala mereka tak menggunakan produk kita lagi, tetapi sebab hubungan silaturahim yang baik maka mereka bercerita. Lagi banyak cerita kalau mereka menggunakan produk kita. 

itu sahaja perkongsian kali ini.
Sekian, terima kasih, Naimy

Sunday, 20 March 2016

How to add font into 'picsart' app.

1.Decide font apa yang nak dimasukkan dalam Apps Picsart. Save font file dalam folder dekat dekstop. (Boleh search folder font dalam pc or laptop anda) 
2. Hubungkan handphone anda ke laptop menggunakan usb.
3. Click external sdcard - dan cari serta click folder 'picsart'- selepas itu cari & click folder font.
4. Pergi balik ke folder font yang kita buat awal-awal tadi, Kemudian select file font (selalu hujung dia .tff) dan copy.
5. Paste file .tff tadi dekat folder font picarts.
6. Disconect laptop dan handphone..
7. Buka picsart dan tengok bahagian 'my font' akan ada dalam handphone yg anda save tadi.

Thursday, 21 January 2016

Tips edit gambar sendiri dengan Smartphone


1) Download apps picsart atau photogrid

2) Pilih gambar

3) Pilih edit/collage (2-3 gambar dalam satu kotak)

4) Crop bahagian yang tidak perlu

5) Masukkan text dan warna

6) Save dan posting

Sesuai digunakan di facebook dan instagram.

Jom Kreatif bersama Kami NaimyArt.

Inginkan design unik dan khas boleh hubungi kami. 
http://www.facebook.com/messages/NaimyArt 
Whatsapp: 0196998384/0196158384