social media

 Like Me Follow Me Follow Me
Showing posts with label apps. Show all posts
Showing posts with label apps. Show all posts

Saturday 18 December 2021

Apa fungsi "MY Order" dekat Exchange view dalam Apps LUNO?

Jika anda buka aplikasi LUNO, anda akan nampak page view yang standard seperti di bawah.

Dekat page standard ni kita boleh buat pembelian bitcoin segera dengan harga semasa. Masalahnya tak kan kita nak sentiasa buka App LUNO untuk tengok harga berapa untuk beli atau jual. Cas yang dikenakan juga agak mahal untuk pembelian atau penjualan segera. Tapi macam mana kita nak buat pembelian pada nilai bitcoin tertentu. 

Sebenarnya dalam ada satu page view lagi iaitu Exchange view. Macam mana nak vie page ni? Ok dekat atas sebelah kanan ada tiga titik bertindih. Apabila anda sentuh tiga titik bertindih ini akan akan ada pilihan untuk 'price alert' dan exchange. Maka anda pilih lah Exchange. Gambar bawah adalah gambar page view exchange. Macam gambar chart dekat stock market kan. 


Bahagian bawah anda boleh tekan 'buy' (yang warna hijau) atau 'Sell' (yang warna merah) untuk tetapkan pada nilai berapa anda nak beli atau jual. Kira macam kita buat pesanan dahulu lah. Nak tengok pesanan kita berjaya atau tidak, anda boleh tolak ke kiri bahagian 'bar' atas, anda akan jumpa tab My Order. Macam gambar kat bawah.

Berdasarkan gambar dekat atas anda boleh nampak yang saya telah buat satu pesanan belian pada nilai RM198 000 bertarikh 14Disember. Jangan risau kalau tetiba anda rasa nak batalkan pesanan, maka anda hanya perlu sentuh pesanan dan pilih cancel. Jika pesanan anda telah selesai, anda akan dapat notifikasi. Cas bagi pembelian dan jualan cara ini juga jauh lebih murah.

Harap perkongsian kali ini membantu anda. Terima kasih.




Sunday 31 January 2021

Wahed Invest SCAM atau Legit?



Sebelum mula melabur saya cari dulu berkenaan Wahed Invest di Malaysia.

Tak nak jadi seperti Skim Pak Man Telo atau Skim Ponzi Yang telah mengSCAM orang awam.

Pada 2019 suruhanjaya sekuriti Malaysia telah meluluskan 2 robo advisor iaitu Wahed Invest dan RAIZ.

Rujuk link : https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/10/23/sc-approves-two-new-robo-advisers

Selain diluluskan kerajaan kita juga cari yang patuh syariah. 

Antara list Fund Management yang patuh syariah dari SC Malaysia.

✓https://www.sc.com.my/development/icm-v2/statistics/list-of-islamic-fund-management-companies


Boleh rujuk website Suruhanjaya sekuriti Malaysia bagi mendapatkan pengesahan.

Pesan saya untuk diri sendiri dan semua. Elakkan pelaburan SCAM dan Haram.

Surirumah Trade

Friday 19 July 2019

Ambil langkah, bukan menunggu.


Anda tidak perlu menjadi seorang yang hebat untuk memulakan sesuatu, tetapi anda perlu bermula untuk menjadi seorang yang hebat. Ada orang merasa diri hebat, maka dia hanya menunggu kejayaan dan kekayaan datang padanya. Hakikatnya orang hebat tidak akan merasa hebat kerana sentiasa ingin mencapai yang lebih, dia tak akan menunggu sebaliknya akan mengambil langkah. Otaknya sentiasa berfikir sehingga dia tak sedar bahawa dia telah menjadi hebat. Orang sekeliling akan sedar akan kehebatan merekan.

Dalam kerja design gambar begitu juga, adakala aku menunggu idea untuk mendapat design yang cantik. Tetapi sebenarnya design yang cantik akan muncul apa bila aku mula membuka lembaran kertas, mengambil langkah mengkaji seni-seni semasa. Untuk idea datang, otak perlu berfikir dan minat sentiasa disemai, bukan sekadar menunggu. 

Inginkan design unik dan khas boleh hubungi kami. http://www.facebook.com/messages/NaimyArt @ Whatsapp: 0196998384/0196158384

Thursday 21 January 2016

Tips edit gambar sendiri dengan Smartphone


1) Download apps picsart atau photogrid

2) Pilih gambar

3) Pilih edit/collage (2-3 gambar dalam satu kotak)

4) Crop bahagian yang tidak perlu

5) Masukkan text dan warna

6) Save dan posting

Sesuai digunakan di facebook dan instagram.

Jom Kreatif bersama Kami NaimyArt.

Inginkan design unik dan khas boleh hubungi kami. 
http://www.facebook.com/messages/NaimyArt 
Whatsapp: 0196998384/0196158384