social media

 Like Me Follow Me Follow Me
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Saturday 18 December 2021

Apa fungsi "MY Order" dekat Exchange view dalam Apps LUNO?

Jika anda buka aplikasi LUNO, anda akan nampak page view yang standard seperti di bawah.

Dekat page standard ni kita boleh buat pembelian bitcoin segera dengan harga semasa. Masalahnya tak kan kita nak sentiasa buka App LUNO untuk tengok harga berapa untuk beli atau jual. Cas yang dikenakan juga agak mahal untuk pembelian atau penjualan segera. Tapi macam mana kita nak buat pembelian pada nilai bitcoin tertentu. 

Sebenarnya dalam ada satu page view lagi iaitu Exchange view. Macam mana nak vie page ni? Ok dekat atas sebelah kanan ada tiga titik bertindih. Apabila anda sentuh tiga titik bertindih ini akan akan ada pilihan untuk 'price alert' dan exchange. Maka anda pilih lah Exchange. Gambar bawah adalah gambar page view exchange. Macam gambar chart dekat stock market kan. 


Bahagian bawah anda boleh tekan 'buy' (yang warna hijau) atau 'Sell' (yang warna merah) untuk tetapkan pada nilai berapa anda nak beli atau jual. Kira macam kita buat pesanan dahulu lah. Nak tengok pesanan kita berjaya atau tidak, anda boleh tolak ke kiri bahagian 'bar' atas, anda akan jumpa tab My Order. Macam gambar kat bawah.

Berdasarkan gambar dekat atas anda boleh nampak yang saya telah buat satu pesanan belian pada nilai RM198 000 bertarikh 14Disember. Jangan risau kalau tetiba anda rasa nak batalkan pesanan, maka anda hanya perlu sentuh pesanan dan pilih cancel. Jika pesanan anda telah selesai, anda akan dapat notifikasi. Cas bagi pembelian dan jualan cara ini juga jauh lebih murah.

Harap perkongsian kali ini membantu anda. Terima kasih.




Wednesday 15 December 2021

Nak tahu Bitcoin nak beli dimana?

Tapi kita kenal tak apa itu wang kripto Bitcoin?
Bitcoin merupakan wang elektronik yang dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto😁 macam belajar sejarah.




Selain Bitcoin, sekarang ada banyak wang kripto tau..Ada ETH,litecoin,bitcash.

Nak dapatkan satu kat mana?
Tahun lepas saja Bitcoin bawah Rm100k sahaja.Tapi hari ni dia nilai dia naik sehingga Rm257k..Berpuluh ke beratus percent ni.😂

Dapatkan free MYR 25.00 setiap pendaftaran dan pelaburan Rm250 ke akaun LUNO.

Tekan link ini https://www.luno.com/invite/MF5XM9

Tips kenapa platform 
LUNO dipilih sebab patuh syariah: https://naimyart.blogspot.com/2021/02/adakah-luno-patuh-syariah.html?m=1

LUNO dipilih sebab berlesen bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:
https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/recognizedmarkets/list-of-registered-digital-asset-exchanges


Surirumah trade & Invest
https://t.me/surirumahtrading

Tuesday 6 July 2021

Lebih Untung Dari ASB & Tabung Haji!

Hi Sahabat!

Seperti yang dijangka, pulangan keuntungan KWSP dan Tabung Haji untuk tahun 2020 tidaklah begitu tinggi disebabkan situasi ekonomi seluruh dunia yang terjejas gara-gara pandemik Covid-19.


KWSP hanya mampu memberikan kadar dividen 4.9% sahaja untuk simpanan syariah.
TH pula, hanya memberikan kadar keuntungan 3.1% sahaja.
Jika anda masih ingat, awal tahun haritu, ASB juga ada mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.25% sahaja.

Tiga tempat simpanan wang ini, adalah merupakan tempat utama dan tempat paling ramai orang menyimpan wang... dan ketiga-tiga tempat ini nampaknya, hanya mempu memberikan kadar pulangan... kurang dari 5%.


Disebabkan itu, ramai orang pada waktu ini, sedang mencari-cari tempat yang lebih berbaloi untuk menggandakan duit mereka.


Salah satu tempat yang boleh memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi dan lebih cepat.. adalah pasaran saham!


Kini... Ramai orang memilih saham sebab...

1. Kadar perolehan keuntungan itu, lebih pantas...
Di pasaran saham, 5% keuntungan itu boleh diperolehi dalam masa beberapa hari atau minggu sahaja... berbeza jika mahu dibandingkan dengan pelaburan emas atau hartanah yang mengambil masa bertahun-tahun untuk melihatkan kenaikan sebanyak 5% itu.

2. Kadar cairan yang sangat tinggi.
Tidak seperti hartanah, proses untuk jual beli hartanah, biasanya akan mengambil masa berbulan-bulan dan kadangkala bertahun. Tetapi, untuk pasaran saham.. hari ini beli, jika esok sudah untung, sudah boleh jual dan dapatkan semula cash anda. Ia sangat pantas.

3. Modal Rendah
Jika anda mahu membeli emas, amaun paling kecil yang boleh anda beli adalah 1 dinar = RM 1000. Begitu juga jika anda ingin membeli hartanah , kos permulaannya juga sangat besar dan memerlukan beribu-ribu ringgit untuk bayar deposit dan segala macam yuran. Berbeza dengan saham, anda boleh start melabur dengan modal serendah RM100.



Sebenarnya, ada banyak lagi sebab mengapa orang kini lebih tertarik untuk melabur di dalam pasaran saham berbanding pelaburan-pelaburan lain pada waktu ini.

Namun begitu.... sebelum mahu menjejakkan kaki dalam dunia pelaburan saham...kita mestilah lengkapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu.

Kalau main redah dan masuk sahaja... takut-takut nanti.. rugi besar pula.


Berita baiknya.... kini sudah ada  panduan langkah demi langkah, bagaimana untuk mula melabur di dalam pasaran saham ini.
Panduan ini, telah ditulis oleh seorang bekas doktor gigi yang kini, lebih selesa duduk di rumah dan berjual-beli saham secara online menerusi phone beliau sahaja.


Jika sahabat berminat untuk belajar, bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham..

Boleh klik pada link dibawah!

Saturday 16 January 2021

Pelaburan surirumah di Wahed vs ASB

Assalamualaikum dan salam semua. Saya percaya ramai surirumah yang ada akaun di ASB dan lebih percaya untuk membuat pelaburan di ASB. Sehingga ada yang buat ASBF. Salah ke buat pelaburan di ASB? dan salah ke kalau buat ASBF? Jawapannya semua bergantung kepada tujuan dan matlamat pelaburan anda.




Masalah apabila baru-baru ini diumumkan bahawa agihan pendapatan ASB tak sampai 5% iaitu 4.25%.  Tambah dengan Ehsan 0.75% bagi 30000unit pertama. Kalau ada lebih dari 30k, yang lebih tak dapat lah ye...hurmmm...makanya berapa saja yang akan kita dapat ye....Jom kita buat kira-kira..

Contoh seorang surirumah ada duit dalam ASB RM5000 bermula januari 2020, berikut adalah pengiraan pendapatan ASB beliau bagi tahun 2020

            = ASB x (Dividen + Bonus) × 12/12
            = 5000 x (4.25%+0.75%) x 12/12
            = 5000 x 5% x 1
            = 250

Maka jumlah pendapatan yang diperolehi oleh surirumah tersebut adalah RM250. Ini saya bagi contoh surirumah yang buat simpanan dalam ASB tanpa pengeluaran dan penambahan. Bagaimana dengan yang buat ASBF dan di momok bahawa hanya tahun pertama sahaja buat pembayaran, tahun-tahun seterusnya guna duit dividen buat pembayaran...Teknik buat ASBF dan bayar tahun pertama sahaja terguna pakai kalau dividen ASB yang kita dapat melebihi 7%. Apabila kurang maka kita perlu tambah duit sendiri setiap bulan untuk bayar hutang. Bagi mereka yang ada pendapatan setiap bulan mungkin tiada masalah tapi bagi surirumah yang tiada pendapatan... memang sakit lah jawabnya, kena minta ihsan en.suami nampaknya. Kita tinggalkan sementara kisah ASBF ini. Kita kembali kepada tajuk pelaburan di ASB vs pelaburan di Wahed. 

Jika sebelum ini kita lihat pelaburan yang dilakukan di ASB, bagaimana pula jika surirumah tersebut laburkan RM5000 dekat Wahed Invest... Berikut adalah anggaran yang bakal diperolehi bagi tempoh setahun.




Berbanding dengan ASB jika kita letak RM5K untuk tempoh setahun kita akan dapat dalam RM250 manakala pendapatan hampir 2 kali ganda iaitu RM465 jika kita letak RM5k dekat wahed untuk tempoh masa yang sama dengan portfolio Aggressive. (jenis portfolio kita akan pilih berdasar faktor risiko dan tujuan pelaburan sewaktu pembukaan akaun).

Berikut pula adalah cadangan saya jika anda surirumah yang baru nak mula melabur....apa perlu anda buat adalah setiap bulan masukkan secara tetap RM100 ke dalam akaun wahed anda. Mana nak cari RM100 setiap bulan? Anda boleh guna wang bulanan pemberian suami, jika dulu duit bulanan suami bagi kita beli baju baru, mainan anak...apa kata kita asingkan sebahagian untuk buat pelaburan tetap setiap bulan ke dalam akaun wahed. Jika suami tiada beri wang bulanan (mungkin semua keperluan suami sediakan sudah) maka puan-puan boleh cuba jana side income lain. Jika malas juga nak jana side income, apa kata keluarkan sedikit simpanan ASB untuk masukkan ke dalam akaun wahed setiap bulan.

Berikut adalah anggaran berapa akan kita dapat jika setiap bulan kita melabur RM100 kedalam akaun wahed.


Berdasarkan gambar di atas dapat kita buat anggaran jika kita masukkan pelaburan RM100 setiap bulan kedalam akaun wahed kita akan dapat dalam RM269. Pendapatan ini menggunakan portfolio aggressive.  Modal setiap bulan RM100 selama setahun maka kita akan dapat nilai hampir sama dengan modal RM5000 sekali masuk di ASB selama setahun. Jumlah wang yang peru dikeluarkan untuk dilaburkan selama setahun dalam wahed invest adalah RM1200. Tidak sampai satu pertiga nilai modal yang dilaburkan dalam ASB. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Harap bermanfaat.

Download Wahed Invest dan masukkan Kod Referral diruang Referral ;
=> norbin136

Kalau terlepas masuk kod Referral ini terlepas juga Rm10.


Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading

Sekian, terima kasih, Naimy