social media

 Like Me Follow Me Follow Me
Showing posts with label ASB. Show all posts
Showing posts with label ASB. Show all posts

Saturday, 16 January 2021

Pelaburan surirumah di Wahed vs ASB

Assalamualaikum dan salam semua. Saya percaya ramai surirumah yang ada akaun di ASB dan lebih percaya untuk membuat pelaburan di ASB. Sehingga ada yang buat ASBF. Salah ke buat pelaburan di ASB? dan salah ke kalau buat ASBF? Jawapannya semua bergantung kepada tujuan dan matlamat pelaburan anda.




Masalah apabila baru-baru ini diumumkan bahawa agihan pendapatan ASB tak sampai 5% iaitu 4.25%.  Tambah dengan Ehsan 0.75% bagi 30000unit pertama. Kalau ada lebih dari 30k, yang lebih tak dapat lah ye...hurmmm...makanya berapa saja yang akan kita dapat ye....Jom kita buat kira-kira..

Contoh seorang surirumah ada duit dalam ASB RM5000 bermula januari 2020, berikut adalah pengiraan pendapatan ASB beliau bagi tahun 2020

            = ASB x (Dividen + Bonus) × 12/12
            = 5000 x (4.25%+0.75%) x 12/12
            = 5000 x 5% x 1
            = 250

Maka jumlah pendapatan yang diperolehi oleh surirumah tersebut adalah RM250. Ini saya bagi contoh surirumah yang buat simpanan dalam ASB tanpa pengeluaran dan penambahan. Bagaimana dengan yang buat ASBF dan di momok bahawa hanya tahun pertama sahaja buat pembayaran, tahun-tahun seterusnya guna duit dividen buat pembayaran...Teknik buat ASBF dan bayar tahun pertama sahaja terguna pakai kalau dividen ASB yang kita dapat melebihi 7%. Apabila kurang maka kita perlu tambah duit sendiri setiap bulan untuk bayar hutang. Bagi mereka yang ada pendapatan setiap bulan mungkin tiada masalah tapi bagi surirumah yang tiada pendapatan... memang sakit lah jawabnya, kena minta ihsan en.suami nampaknya. Kita tinggalkan sementara kisah ASBF ini. Kita kembali kepada tajuk pelaburan di ASB vs pelaburan di Wahed. 

Jika sebelum ini kita lihat pelaburan yang dilakukan di ASB, bagaimana pula jika surirumah tersebut laburkan RM5000 dekat Wahed Invest... Berikut adalah anggaran yang bakal diperolehi bagi tempoh setahun.




Berbanding dengan ASB jika kita letak RM5K untuk tempoh setahun kita akan dapat dalam RM250 manakala pendapatan hampir 2 kali ganda iaitu RM465 jika kita letak RM5k dekat wahed untuk tempoh masa yang sama dengan portfolio Aggressive. (jenis portfolio kita akan pilih berdasar faktor risiko dan tujuan pelaburan sewaktu pembukaan akaun).

Berikut pula adalah cadangan saya jika anda surirumah yang baru nak mula melabur....apa perlu anda buat adalah setiap bulan masukkan secara tetap RM100 ke dalam akaun wahed anda. Mana nak cari RM100 setiap bulan? Anda boleh guna wang bulanan pemberian suami, jika dulu duit bulanan suami bagi kita beli baju baru, mainan anak...apa kata kita asingkan sebahagian untuk buat pelaburan tetap setiap bulan ke dalam akaun wahed. Jika suami tiada beri wang bulanan (mungkin semua keperluan suami sediakan sudah) maka puan-puan boleh cuba jana side income lain. Jika malas juga nak jana side income, apa kata keluarkan sedikit simpanan ASB untuk masukkan ke dalam akaun wahed setiap bulan.

Berikut adalah anggaran berapa akan kita dapat jika setiap bulan kita melabur RM100 kedalam akaun wahed.


Berdasarkan gambar di atas dapat kita buat anggaran jika kita masukkan pelaburan RM100 setiap bulan kedalam akaun wahed kita akan dapat dalam RM269. Pendapatan ini menggunakan portfolio aggressive.  Modal setiap bulan RM100 selama setahun maka kita akan dapat nilai hampir sama dengan modal RM5000 sekali masuk di ASB selama setahun. Jumlah wang yang peru dikeluarkan untuk dilaburkan selama setahun dalam wahed invest adalah RM1200. Tidak sampai satu pertiga nilai modal yang dilaburkan dalam ASB. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Harap bermanfaat.

Download Wahed Invest dan masukkan Kod Referral diruang Referral ;
=> norbin136

Kalau terlepas masuk kod Referral ini terlepas juga Rm10.


Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading

Sekian, terima kasih, Naimy