social media

 Like Me Follow Me Follow Me
Showing posts with label surirumah invest. Show all posts
Showing posts with label surirumah invest. Show all posts

Saturday 18 December 2021

Apa fungsi "MY Order" dekat Exchange view dalam Apps LUNO?

Jika anda buka aplikasi LUNO, anda akan nampak page view yang standard seperti di bawah.

Dekat page standard ni kita boleh buat pembelian bitcoin segera dengan harga semasa. Masalahnya tak kan kita nak sentiasa buka App LUNO untuk tengok harga berapa untuk beli atau jual. Cas yang dikenakan juga agak mahal untuk pembelian atau penjualan segera. Tapi macam mana kita nak buat pembelian pada nilai bitcoin tertentu. 

Sebenarnya dalam ada satu page view lagi iaitu Exchange view. Macam mana nak vie page ni? Ok dekat atas sebelah kanan ada tiga titik bertindih. Apabila anda sentuh tiga titik bertindih ini akan akan ada pilihan untuk 'price alert' dan exchange. Maka anda pilih lah Exchange. Gambar bawah adalah gambar page view exchange. Macam gambar chart dekat stock market kan. 


Bahagian bawah anda boleh tekan 'buy' (yang warna hijau) atau 'Sell' (yang warna merah) untuk tetapkan pada nilai berapa anda nak beli atau jual. Kira macam kita buat pesanan dahulu lah. Nak tengok pesanan kita berjaya atau tidak, anda boleh tolak ke kiri bahagian 'bar' atas, anda akan jumpa tab My Order. Macam gambar kat bawah.

Berdasarkan gambar dekat atas anda boleh nampak yang saya telah buat satu pesanan belian pada nilai RM198 000 bertarikh 14Disember. Jangan risau kalau tetiba anda rasa nak batalkan pesanan, maka anda hanya perlu sentuh pesanan dan pilih cancel. Jika pesanan anda telah selesai, anda akan dapat notifikasi. Cas bagi pembelian dan jualan cara ini juga jauh lebih murah.

Harap perkongsian kali ini membantu anda. Terima kasih.




Sunday 21 February 2021

Adakah LUNO patuh syariah?

Pernah anda dengar pasal LUNO? Aku pertama kali dengar pasal ini adalah tahun lepas. Patuh syariah ke LUNO ni? Persoalan pertama aku bila husband kata dah boleh melabur dengan LUNO.

LUNO itu apa? Luno adalah salah satu wallet digital bagi menyimpan cryptocurrency seperti bitcoin/etherium/litecoin/rippleXRP. (ok pernah dengar pasal Bitcoin).

Selamat ke LUNO tu, siapa luluskan? Luno telah diperakui selamat dan disahkan boleh beroperasi oleh securities commission SC Malaysia & BNM. (sebenarnya dah lama ada kat Malaysia tapi sejak tahun 2015 tetapi operasi terbantut apabila akaun dibekukan oleh LHDN pada awal 2018. Maka Luno memberi kerjasama sepenuhnya dengan siasatan tersebut dan seterusnya membantu pengawal selia dalam membentuk rangka undang-undang peraturan mata wang kripto di Malaysia. Akhirnya Luno dilancarkan semula di Malaysia pada oktober 2019)

Patuh syariah ke? Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SAC) telah memutuskan bahawa, secara dasarnya, pelaburan aset digital seperti Bitcoin adalah dibenarkan. Aku blur gak macam mana dia kata secara dasar dibenarkan. Maka kita buat kaji selidik sedikit. Berikut aku copy ulasan dari FB Ustaz Lariba (siapa dia ni? kita cerita kemudian) pada 15/7/2020

SATU KUPASAN - MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SC BENARKAN PERDAGANGAN ASET DIGITAL

1. Soalan: Apakah sebenarnya kebenaran ini?
Jawapan: Kebenaran ini ialah untuk berdagang asset digital (cryptocurrency) di tiga bursa aset digital (digital asset exchange) yang beroperasi di negara ini, iaitu Luno, Sinegy, dan Tokenize.
2. Soalan: Kenapa kebenaran itu diberikan hanya untuk tiga bursa asset digital sahaja?
Jawapan: SC telah kategorikan cryptocurrency sebagai sekuriti dan klasifikasikannya sebagai asset digital. Kesemua ICO (pengeluaran baru) asset digital dan perdagangan asset digital ialah di bawah kawal-selia SC. SC telah meluluskan ketiga-tiga bursa asset digital ini untuk berdagang asset digital setelah mereka memenuhi kriteria yang ketat terutama sekali untuk ketelusan dan menjadikan mereka entity pelapor. Ini bermakna kebenaran ini tidak termasuk selain daripada ketiga-tiga bursa asset digital ini. Bursa asset digital ini akan juga melapurkan kepada Bank Negara segala transaksi pengeluaran wang (withdrawal) apabila pemilik asset digital ingin keluarkan duit (cash out). Transaksi di tiga bursa asset digital ini tidak secara tiada nama (anonymous) dan mereka diwajibkan menggunakan KYC.
3. Soalan: Adakah ini bermaksud jika seseorang itu berdagang dengan bursa asset digital selain daripada ketiga-tiga asset digital yang diluluskan, makai a tidak dibenarkan atau tidak patuh Syariah?
Jawapan: Pada pendapat kami, kebenaran dari segi syarak diberikan SC setelah bursa2 aset digital berkenaan mematuhi keperluan kawal-selia yang ketat. Ini untuk mengelakkan risiko penipuan, ketidak-tentuan (gharar) serta elemen-elemen lain yang tidak patuh syariah. Selain daripada tiga bursa asset digital ini, tiada kepastian perlindungan pelanggan atau ketelusan akan diperolehi. Maka perdagangan asset digital dengan selain daripada tiga bursa asset digital ini adalah dilarang.
4. Soalan: Adakah bermakna kerajaan Malaysia mengiktiraf penggunaan cryptocurrency dan penggunaan cryptocurrency adalah patuh Syariah untuk digunakan oleh orang ramai untuk apa-apa transaksi?
Jawapan: Tidak sama sekali. Kebenaran hanya diberikan untuk berdagang aset digital di tiga bursa aset digital tadi dan tidak di lain-lain bursa aset dgital. Ketiga-tiga bursa aset digital itu adalah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan mempunyai pejabat di Malaysa., Crptocurrency masih lagi dikategorikan sebagai tidak sah diperakui nilai (not legal tender) oleh Bank Negara, maka ia masih dilarang digunakan untuk jual-beli.
5. Soalan: Adakah pendirian Bank Negara itu bermaksud cyptocurrency masih tidak patuh syariah jika digunakan untuk jual-beli?
Jawpan: Ya… penggunaan pa-apa transaksi melibatkan matawang crypto/wang digital (jual-beli atau hutang piutang) TIDAK mendapat perlindungan dan tidak sah di sisi undang-undang. Ini bermaksud kontrak melibatkan matawang crypto/wang digital tidak sah/tidak laku di sisi undang-undang. Jika terjadi isu-isu dalam jual-beli atau hutang piutang melibatkan matawang crypto/wang digital seperti pembayaran tidak diterima, tidak mencukupi, penipuan, orang yang ditipu tidak mempunyai hak (locus standi) di sisi undang-undang seperti tiada hak menyaman atau mengambil tindakan undang-undang berkaitan. Lebih malang lagi, terlibat dengan scam matawang crypto. Ini adalah satu keadaan gharar yang dilarang syarak.


Setelah diluluskan oleh SC malaysia pada oktober 2019, Luno ambil masa hampir setahun untuk diluluskan oleh Majlis Patuh Syariah SC. Maksudnya baru tahun lepas ia diakaui patuh syariah. Ok boleh mula melabur tanpa keraguan dan kesangsian.


Platform LUNO sekarang boleh beli aset digital bitcoin, litecoin, ethereum & XRP.
Sesiapa yang belum ada akaun LUNO.
1. Daftar guna link
2. Deposit dan beli aset digital RM250.
3. Anda akan dapat percuma RM25 bitcoin.

Semoga bermanfaat....

Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading


Sunday 31 January 2021

Antara ahli politik dan orang kaya, mana satu pilihan anda?


Assalamualaikum dan salam semua. 

Jika diberi pilihan untuk memilih menjadi orang kaya atau ahli politik, mana satu yang akan anda pilih? Apa perkaitan orang kaya dan ahli politik dalam turun naik pasaran saham? 

Jumaat 29/1/2021 lepas aku join live trade bersama Srikandi Saham, bila tengok pasar banyak kaunter yang merah, tapi waktu itu tak faham lagi kenapa banyak merah. Bukan setakat kaunter pasar je merah, profit yang diperolehi dalam akaun Wahed invest turut menurun. Kenapa semua ini terjadi?

Sebenarnya apa saja berlaku di pasaran US, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi pasaran tempatan serba sedikit. Manakala wahed invest akan menerima kesan secara langsung memandangkan salah satu sarang pelaburan dalam wahed invest adalah US Stock. 

Semalam 30/1/2021 keluar berita berikut di Astro Awani...

Saham Gamestop | Pelabur konvesional khautir, Wall Street susut

Saham di Wall Street terus menyusut, selepas pelabur khuatir dengan perkembangan pada saham syarikat penjual permainan video, Gamestop baru baru ini. Sebelum ini, saham syarikat itu naik mendadak apabila sekumpulan individu di forum Reddit mengatur rancangan untuk membelinya secara beramai ramai.

Hari ini lepas masak tengah hari, si kecil tidur dan husband ajak bincang pasal market. Kita on sahaja lah, soalan dia yang pertama tahu tak kenapa kaunter banyak merah dan wahed invest drop jumaat lepas. Aku jujur jawab tak tahu. Hari ini pertama kali aku dengar tentang Saham Gamestop dan 'hedge funds'. Boleh baca kisah selanjutnya dekat link bawah


Secara ringkasnya, penyelesaian yang dilkukan oleh pelabur besar dalam menyekat pelabur kecil adalah dengan menyekat mereka berkomunikasi melalui forum Reddit. Manakala aplikasi Robinhood iaitu aplikasi beli saham atas talian pula menghalang pelabur membeli beberapa saham tertentu. Apa yang berlaku bertentangan dengan konsep kebebasan bersuara dan membeli seperti yang diwar-warkan oleh ahli politik US.

Kembali kepada tajuk, antara ahli politik dan orang kaya, mana satu pilihan anda? Berdasarkan situasi semasa diatas, kita dapat lihat siapa yang di atas. Orang kaya boleh beli ahli politik. Orang politik perlu undi orang ramai untuk dapat pengaruh manakala orang kaya tak perlu undi kerana mereka boleh beli apa yang mereka mahu. Bahkan orang politik akan meminta sumbangan daripada orang kaya untuk dana berkempen pilihan raya. Satu kelebihan orang politik adalah mereka lebih dikenali daripada orang kaya. Pada pendapat aku lah. Maka apa pilihan anda nak kejar glamour ke nak kejar duit, nak glamour boleh masuk politik, nak kaya belajar jana duit dalam apa jua bidang.

Jumpa lagi di topik akan datang... 

Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading


Sekian, terima kasih, Naimy