Pada penjual, barang yang dijual dah murah sangat tapi pada pelanggan mungkin ia mahal. Hakikat walaupun mahal, jika mereka betul-betul memerlukan, mereka akan beli walau apa harganya. |
Kali ini saya nak kongsi 3 rahsia menjual produk mahal (dikatakan mahal) secara online.
1. Jual kepada orang yang tepat.
Ramai yang buat silap dengan menjual kepada orang ramai tanpa tahu sasaran pembeli sebenar produk mereka. Bagaimana nak kenali pelanggan yang tepat? Anda kena kenal fungsi dan kelebihan produk anda. Seterusnya kenal pasti lokasi, status kewangan dan jenis emosi pelanggan anda.
2.Sentiasa fokus untuk menampakan nilai produk anda.
Fitrah manusia mudah tertarik kepada sesuatu yang beremosi. Dalam konsep penjualan pula, teknik bercerita amat berkesan. Gunakan konsep "fact tells, story sells". Apa yang perlu anda buat adalah perbanyakkan kandungan pemasaran melalui testimoni, pengalaman dan nampakkan diri sebagai seorang yang pakar. Seterusnya jadikan produk anda sebagai penyelesai dan pemudah kehidupan mereka.
3.Database
ini paling penting, setiap database perlu disimpan untuk kita buat followup. Melalui database anda akan wujud silaturahmi.
"DALAM SILATURAHMI ADA REZEKI"
Jika hubungan kita dengan mereka baik, mereka akan bercerita tentang kita serta produk kita kepada kenalan mereka. Adakala mereka tak menggunakan produk kita lagi, tetapi sebab hubungan silaturahim yang baik maka mereka bercerita. Lagi banyak cerita kalau mereka menggunakan produk kita.
itu sahaja perkongsian kali ini.
Sekian, terima kasih,
Naimy
No comments:
Post a Comment