Seperti biasa setiap malam kakak Humaira akan mengemas tempat tidur dengan kakak hana. Waktu kakak-kakak nak kemas Uwais nampak Uzayr makan Epal, maka dia minta kupaskan epal. Kakak hana dengar, dia pun sama nak. Bila kakak Humaira dengar, dia minta tukar kerja. Ummu kemas bilik, dia kupaskan epal untuk adik-adik. Oleh kerana kakak telah biasa kupas epal, maka aku dengan yakin setuju. Aku pun kemas tempat untuk tidur tetiba Uwais berlari masuk bilik dengan mata bulat dan muka seriusnya...
"Ummu, tolong banyak darah terpancut keluar dari tangan kakak!!!!"
Terus ummu tinggalkan kerja yang terbengkalai, pergi dapur nak tengok keadaan tangan kakak...dalam kepala ummu, kakak pakai pisau potong ke kupas kulit epal. Terpotong jari ke apa? Sampai dapur tengok pisau untuk kupas kulit buah, ok..mesti tak teruk sangat lukanya... Alhamdulillah tak teruk mana pun, terkopek kuku sikit je...
Apa kita buat? Mula-mula cucilah lukanya dulu..kemudian kita sapu lah minyak Herba Asmak. Oleh kerana risau dia tertarik kuku yang terkopek sikit waktu tidur makan kita plaster dulu malam. Esoknya dah kering luka kita ketip lah kuku yang terkopek dan sapu minyak lagi.
Banyak betul jaga si kecil comel ini dalam keluarga saya...Jika anda berminat untuk dapatkan minyak Herba Asmak maka boleh beli di,
PRODUK BUMIPUTRA PILIHAN RAMAI IBU DI MALAYSIA
Sekian, terima kasih,
Naimy
Terbaiklah minyak ni boleh Cuba nanti.
ReplyDeleteboleh sangat Tuan Daud...jangan lupa wasap saya www.wasap.my/60196158384 untuk tahu lebih lanjut tentang minyak ni ye...
Delete