social media

 Like Me Follow Me Follow Me
Showing posts with label Minyak herba Asmak. Show all posts
Showing posts with label Minyak herba Asmak. Show all posts

Tuesday, 22 December 2020

PETUA BERNAS UNTUK IBU MUDA: KEMBUNG PERUT PADA BABY

Baby merupakan makhluk comel yang banyak angin. Jangan terkejut bila dengar fakta yang baby kentut 13-21 kali sehari. Normal je tu.

Tapi kenapa banyak sangat anginnya? Haa..itu yang menjadi tanda tanya. Lazimnya, angin masuk ke perut baby melalui beberapa cara.

➡Melalui menyusu, sama ada breastfeeding atau botol susu
➡Menangis yang berterusan
➡Tidur dengan mulut terbuka dan kipas terpasang

Bila dan kembung perut, maka menangislah baby tu.  


Bagaimana Mencegah Kembung Perut Pada Baby?

✅ Periksa cara menyusukan baby – Pastikan semasa menyusukan anak, kepala baby lebih tinggi dari perut. Dengan itu, susu akan terus masuk ke dasar perut dan angina pula akan naik ke atas dan keluar melalui sendawa.

✅Sendawakan baby anda – lepas baby habis menyusu, telangkupkan tetap pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya, dengan perut baby diletak di atas peha. Urut belakang baby sampai sendawa.

✅Tukar peralatan menyusu jika tak sesuai – Jika masih pakai putting susu yang biasa, apa kata tukar kepada yang anti-cholics. Putting anti-cholics akan mencegah angina masuk ke dalam perut baby semasa menyusu.

✅Exercise baby dengan kasih sayang – Sapukan minyak angin, dan baringkan baby dengan terlentang. Kayuhkan kakinya seolah-olah dia sedang menunggang basikal. Mandian suam juga boleh membantu dia melepaskan gas berlebihan di dalam perut.



Selamat mencuba! ;)

#infobyMHAMSB #minyakherbaasmak

Sekian, terima kasih, Naimy

Saturday, 19 December 2020

Minyak Herba Asmak ade meditag KKM

Minyak Herba Asmak ade meditag KKM seperti di dalam gambar ye. Ianya bermaksud Minyak Asmak adalah produk berdaftar.

Kami tak guna hologram yang hanya boleh tempah di kedai printing. 

Cek dulu tau lepas ni.




Sekian, terima kasih, Naimy

Wednesday, 9 December 2020

"Ummu, tolong banyak darah terpancut keluar dari tangan kakak!!!"

Assalamaulaikum dan selamat pagi. Hari ini aku (izin kan ye...sebab lagi seronok guna perkataan aku nak bercerita) ada misi nak kena siapkan photobook tempahan dari nun jauh di Sarawak. Ya Allah berilah kekuatan dan kesungguhan mengadap kerja. Hehehehe... Sebelum datang mood nak mengedit dan mengdesign maka aku nak kongsi satu kisah malam minggu lepas. 

Seperti biasa setiap malam kakak Humaira akan mengemas tempat tidur dengan kakak hana. Waktu kakak-kakak nak kemas Uwais nampak Uzayr makan Epal, maka dia minta kupaskan epal. Kakak hana dengar, dia pun sama nak. Bila kakak Humaira dengar, dia minta tukar kerja. Ummu kemas bilik, dia kupaskan epal untuk adik-adik. Oleh kerana kakak telah biasa kupas epal, maka aku dengan yakin setuju. Aku pun kemas tempat untuk tidur tetiba Uwais berlari masuk bilik dengan mata bulat dan muka seriusnya... 

"Ummu, tolong banyak darah terpancut keluar dari tangan kakak!!!!"

Terus ummu tinggalkan kerja yang terbengkalai, pergi dapur nak tengok keadaan tangan kakak...dalam kepala ummu, kakak pakai pisau potong ke kupas kulit epal. Terpotong jari ke apa? Sampai dapur tengok pisau untuk kupas kulit buah, ok..mesti tak teruk sangat lukanya... Alhamdulillah tak teruk mana pun, terkopek kuku sikit je...




Apa kita buat? Mula-mula cucilah lukanya dulu..kemudian kita sapu lah minyak Herba Asmak. Oleh kerana risau dia tertarik kuku yang terkopek sikit waktu tidur makan kita plaster dulu malam. Esoknya dah kering luka kita ketip lah kuku yang terkopek dan sapu minyak lagi.

Banyak betul jaga si kecil comel ini dalam keluarga saya...Jika anda berminat untuk dapatkan minyak Herba Asmak maka boleh beli di, 


PRODUK BUMIPUTRA PILIHAN RAMAI IBU DI MALAYSIA




Sekian, terima kasih, Naimy

Monday, 7 December 2020

"Ummu, kaki belah ni Ahmad ada 2" ...MasyaAllah, macam mana boleh keluar lagi satu kaki?

Kisahnya tengah ummu duduk buat kerja pada pagi jumaat lepas, Ahmad bangun dan menangis cakap "ummu, kaki belah ni ahmad ada 2." Dengar je terus ummu tengok, apa jadi sebenarnya. Eh, satu je kaki dia...Saya pun tanya lah, "satu je tu kaki ahmad, kenapa kata ada 2." Dia balas, "Ahmad rasa kaki ahmad belah ni ada 2, sakit nak jalan." Maka tengok betul-betul...o patut lah bengkak. Ini mesti ada benda gigit tengah tidur...tapi apa benda ye gigit...LIPAS,NYAMUK ke SEMUT? Nak kata tikus memang jauh lah pasal tak nampak kesan gigitan macam tikus.

Maka saya ambil minyak herba asmak dan sapu lah... lepas itu whatsapp suami bagitahu keadaan kaki anak. Suami kata tengok macam mana, kalau makin teruk dia balik kerja bawa ke klinik., tapi gak tak sampai setengah jam Si Ahmad boleh berlari dari bilik air ke dapur...aduhai anak....tadi bukan main sakitnya..siap cakap ada 2 kaki. sekarang berlari, bergaduh mengusik dan mcam-macam lagi. Lepas Ahmad mandi, ummu sapu lagi sekali...petang suami balik kerja nampak dah surut sikit... Tak apa lah lambat sikit surutnya asalkan dia tak merengek sakit. Payah ummu nak buat kerja lain kalau anak duduk merengek. Alhamdulillah, keesokannya dah surut sepenuhnya.

Bengkak kan kaki dia...dengan jari-jari kaki bengkak. 

Ini salah satu kisah anak saya yang nak membesar. Ini salah satu sebab kenapa saya perlu sentiasa bersedia dengan Minyak Herba Asmak. Jika anda berminat untuk dapatkan minyak Herba Asmak maka boleh beli di, 


PRODUK BUMIPUTRA PILIHAN RAMAI IBU DI MALAYSIA


Sekian, terima kasih, Naimy