social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Friday 11 December 2020

Transisi Minda Bagi Seorang Mumpreneur



Kalau anda pernah tengok atau belek buku ini, anda akan perasan kepada bab akhir yang bertajuk :TIPS HEBAT. Dalam bab ini penulis memberi 12 tips hebat buat pembaca. Dalam 12 tips tersebut aku rasa Tips Transisi Minda adalah Tips pertama yang perlu kita ambil dan buat walaupun penulis kata tips pertama adalah buat keputusan manakala Transisi Minda adalah tips ke tujuh.

APA ITU TRANSISI MINDA?
Mengikut kamus dewan transisi adalah peralihan dari satu keadaan kepada keadaan lain. Siapa yang ada anak baru masuk darjah satu pasti pernah mendengar Minggu Transisi pelajar Tahun 1. Iaitu perubahan daripada keadaan alam tadika kepada keadaan alam persekolahan. Maka maksud transisi minda adalah perubahan keadaan minda seseorang. Jika sebelum ini minda anda berada dalam realiti seorang yang suka membawang, maka anda perlu lakukan transisi minda untuk berada dalam realiti seorang lebih suka diam daripada berkata-kata sesuatu yang sia-sia.

KENAPA PERLU TRANSISI MINDA BAGI SEORANG MUMPRENEUR?
Bagi seorang Mumpreneur, mereka perlu melakukan transisi minda bagi mengubah corak pemikiran mereka dari keadaan sekadar seorang ibu kepada seorang usahawan. Bukan bermaksud dia melupakan terus tanggungjawab sebagai ibu andai menjadi usahawan tetapi mereka perlu mengubah keadaan minda mereka. Jika dulu bangun pagi tanpa apa-apa perancangan sekadar rutin yang sama. Kini ubah, bangun pagi terus recall apa perancangan sebelum tidur malam tadi. Minda kita perlu bersedia dengan sebarang kebarangkalian yang akan berlaku tambahan dengan keperluan anak kecil. Bila kita nak jadi seorang mumpreneur maka corak bicara kita juga perlu bijak. Bagaimana kita nak berbicara berisi andai minda kita masih seperti mak-mak bawang, hanya tahu pasal gosip dan berbicara tentang orang. Kerana itu kita perlu membaca dan mengasah minda menjadi minda bernilai. Minda kita adalah aset yang tak mungkin dapat kita jual tanpa ilmu tapi dengan ilmu kita dapat asah minda menjadi aset amat bernilai. Asah sudut pandangan kita kearah seorang usahawan bukan lagi sebagai surirumah biasa.




BAGAIMANA NAK LAKUKAN TRANSISI MINDA?
Transisi minda dilakukan setiap hari dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10minit dengan membaca artikel, buku atau rencana. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga seperti aku seorang ibu, isteri dan peniaga atas talian, maka sambil-sambil masak boleh dengar ceramah atau soal jawab. Dekat you tube banyak...kewangan boleh dengar tentang Dave Ramsey show, motivasi dengar Fadzilah kamsah, agama dengar ngaji bersama menteri, pemasaran azizan othman, funelevo pelaburn saham baca buku Srikandi saham dan banyak lagi...Lepas itu jika ada bajet boleh hadiri seminar berkaitan, kalau tak ada peruntukan maka sila cari seminar-seminar yang percuma.

Dalam buku retire young retire rich, penulis menggalakkan kita melakukan transisi minda kewangan agar realiti pemikiran kita berubah daripada realiti pemikiran orang kebanyakkan kepada realiti pemikiran orang kaya. Kenapa aku kata, pada aku tips ini yang pertama aku perlu buat adalah kerana bagaimana aku nak buat keputusan berdasarkan realiti pemikiran orang kaya kalau realiti pemikiran aku masih seperti orang kebanyakkan.


No comments:

Post a Comment