social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Friday 12 February 2021

Kesilapan Newbie Saham



1) Rules pertama tidak buat trading plan.
2) Ikut kata orang,buka Telegram ni dia beli ni, buka Telegram ni beli yang lain.
3) Tak faham bila ada pengumuman bonus ,dividen atau share split.
4) Sifat tak sabar.Baru baca ebook saham terus nak kaya😎
5) Bila tengok saham naik terus jadi FOMO iaitu Fear of Missing Out.Maçam sales 11.11 atau 12.12 semua nak rebut beli barang tanpa study harga sebelum dan beli tanpa sebab.

Surirumah Investor
Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading

14/2/2021-pengumuman pemenang giveaway minyak herba asmak

Assalamualaikum dan salam semua. Insyalah ahad 14/2/2021kita buat pengumuman pemenang GIveaway Minyak Herba Asmak...

Nantikan.....

Wednesday 3 February 2021

Apa perlu buat sementara menunggu akaun CDS diluluskan?

Assalamualaikum dan salam semua.

Kali ini aku nak kongsi apa perlu kita buat sementara menunggu akaun CDS diluluskan. Selepas memohon pembukaan akaun CDS kita perlu menunggu lebih kurang 2 minggu untuk ia diluluskan. Ok dengan meletak harapan akaun kita akan lulus tanpa masalah maka apa perlu kita buat...duduk termenung saja atau kira berapa lama lagi nak tunggu. 

Tujuan kita buka akaun CDS adalah untuk kita melakukan jual beli saham kan? Maka apa kata sementara menunggu akaun CDS kita diluluskan, kita buat sedikit homework.

  1. Pilih investment yang macam mana kita nak buat nanti, long term atau short term investment.
  2. Pilih kaunter yang kita nak bagi jenis investment yang kita pilih
  3. fahami ciri kenapa kaunter tersebut layak untuk kita invest
  4. Senaraikan top 5 kaunter dalam semua sektor terutama kaunter sektor yang kita pilih.
Kenapa kita kena buat semua homework ini? Sebab kita nak jadi macam Warren Buffett. Kisah dari warren buffett ini amat menarik.  Boleh baca kisah Warren Buffett dekat sini cerita di sebalik pemilikan saham coca cola oleh warren buffett

Secara ringkas, warren buffett beli saham syarikat yang dia kenal. Maka kita perlu beli saham yang kita tahu, maksudnya kita kenal syarikat tersebut, kita tahu perniagaan jenis apa yang dia buat, adakah dia anak syarikat atau dia syarikat induk. Untuk tahu semua tersebut kena lah buat Homework.

Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading


Sekian, terima kasih, Naimy

Tuesday 2 February 2021

Skim Wahed Investment Palsu

Assalmualaikum dan salam..

Beberapa hari lepas aku ada share tentang Wahed Invest SCAM atau Legit?
Harap anda semua dapat faham lah ye. Kali ini aku bukan nak cerita cuma nak kongsi SKIM WAHED INVESTMENT PALSU.

Selama ini orang tak faham tentang pelaburan wahed serta konsep Robo advisor akan anggap wahed investment ini scam. Tetapi ada insan cerdik pandai mengambil kesempatan dengan mewujudkan Skim wahed investment Palsu. Benda ini dah lama berlaku dan aku jumpa secara tak sengaja. Anda boleh baca kisah lanjut dekat artikel Hati-hati Dengan Skim Wahed Investment Palsu Ini

Apa yang aku tak dapat terima dia boleh buat pakej Bulan Ramadhan tu...


Sebenarnya kalau nak melabur dalam wahed invest,

TAK PERLU ORANG TENGAH...GUNA APPS WAHED INVESTMENT YANG BOLEH DOWNLOAD DEKAT APPS STORE ATAU GOOGLE PLAY

MODAL RM100 SAHAJA SEBAGAI PERMULAAN

DUIT TAK PERLU BANK IN KEPADA AKAUN INDIVIDU

WAHED TAK SEDIAKAN PAKEJ TAPI PORTFOLIO BERDASAR RISIKO PELABURAN YANG KITA SANGGUP HADAPI.

Semoga kita, saudara mara dan sahabat kita dijauhkan dari mereka yang suka mengambil kesempatan.

Download Wahed Invest dan masukkan Kod Referral diruang Referral ;
=> norbin136

Kalau terlepas masuk kod Referral ini terlepas juga Rm10.


Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading


Sekian, terima kasih, Naimy

Sekian, terima kasih, Naimy

Sunday 31 January 2021

Antara ahli politik dan orang kaya, mana satu pilihan anda?


Assalamualaikum dan salam semua. 

Jika diberi pilihan untuk memilih menjadi orang kaya atau ahli politik, mana satu yang akan anda pilih? Apa perkaitan orang kaya dan ahli politik dalam turun naik pasaran saham? 

Jumaat 29/1/2021 lepas aku join live trade bersama Srikandi Saham, bila tengok pasar banyak kaunter yang merah, tapi waktu itu tak faham lagi kenapa banyak merah. Bukan setakat kaunter pasar je merah, profit yang diperolehi dalam akaun Wahed invest turut menurun. Kenapa semua ini terjadi?

Sebenarnya apa saja berlaku di pasaran US, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi pasaran tempatan serba sedikit. Manakala wahed invest akan menerima kesan secara langsung memandangkan salah satu sarang pelaburan dalam wahed invest adalah US Stock. 

Semalam 30/1/2021 keluar berita berikut di Astro Awani...

Saham Gamestop | Pelabur konvesional khautir, Wall Street susut

Saham di Wall Street terus menyusut, selepas pelabur khuatir dengan perkembangan pada saham syarikat penjual permainan video, Gamestop baru baru ini. Sebelum ini, saham syarikat itu naik mendadak apabila sekumpulan individu di forum Reddit mengatur rancangan untuk membelinya secara beramai ramai.

Hari ini lepas masak tengah hari, si kecil tidur dan husband ajak bincang pasal market. Kita on sahaja lah, soalan dia yang pertama tahu tak kenapa kaunter banyak merah dan wahed invest drop jumaat lepas. Aku jujur jawab tak tahu. Hari ini pertama kali aku dengar tentang Saham Gamestop dan 'hedge funds'. Boleh baca kisah selanjutnya dekat link bawah


Secara ringkasnya, penyelesaian yang dilkukan oleh pelabur besar dalam menyekat pelabur kecil adalah dengan menyekat mereka berkomunikasi melalui forum Reddit. Manakala aplikasi Robinhood iaitu aplikasi beli saham atas talian pula menghalang pelabur membeli beberapa saham tertentu. Apa yang berlaku bertentangan dengan konsep kebebasan bersuara dan membeli seperti yang diwar-warkan oleh ahli politik US.

Kembali kepada tajuk, antara ahli politik dan orang kaya, mana satu pilihan anda? Berdasarkan situasi semasa diatas, kita dapat lihat siapa yang di atas. Orang kaya boleh beli ahli politik. Orang politik perlu undi orang ramai untuk dapat pengaruh manakala orang kaya tak perlu undi kerana mereka boleh beli apa yang mereka mahu. Bahkan orang politik akan meminta sumbangan daripada orang kaya untuk dana berkempen pilihan raya. Satu kelebihan orang politik adalah mereka lebih dikenali daripada orang kaya. Pada pendapat aku lah. Maka apa pilihan anda nak kejar glamour ke nak kejar duit, nak glamour boleh masuk politik, nak kaya belajar jana duit dalam apa jua bidang.

Jumpa lagi di topik akan datang... 

Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading


Sekian, terima kasih, Naimy