social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Monday 3 May 2021

FOMO....


Apa itu FOMO? Bila selalu penyakit ini menyerang kita? FOMO adalah singkatan kepada fear of missing out. Dalam kata mudah adalah takut untuk ketinggalan atau terlepas sesuatu.

Penyakit FOMO ini selalu berlaku dekat shopee, lazada dan pasaraya-pasaraya yang buat jualan besar-besaran. Kononnya waktu inilah dapat harga murah dari biasa, dapat barang percuma yang limited stok, beli satu percuma satu. Selain itu penyakit ini juga muncul bila ada barang viral seperti pressure cooker, kain lap kayangan, selipar muslim ke wallet friendly dan lain-lain. Penyakit ini juga selalu menyerang wanita-wanita.

Tetapi dalam pasaran saham, penyakit FOMO menyerang tidak kira lelaki atau perempuan. FOMO adalah salah satu sebab kita membuat keputusan tidak bijak. Bagaimana ia bertindak? Apabila kita lihat banyak berlaku jualan disesebuah kaunter, maka kita merasakan kena beli di kaunter tersebut kerana ramai yang tengah beli dan kita tak nak ketinggalan, dalam kata mudah trend ikut-ikut. 

Bagi mengelakkan terjebak dengan penyakit ini maka kita kena study dulu sebelum beli mana-mana kaunter

No comments:

Post a Comment