"Saham hanya layak untuk orang kaya."
"Saham adalah permainan orang ada-ada."
"Saham suatu permainan bukan perniagaan."
"Berdosa main saham."
"Saham itu berjudi."
Sebenarnya saham adalah suatu pelaburan, apabila ia pelaburan maka secara langsung ia adalah perniagaan. Persoalan APA ITU SAHAM?
“Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.”
Ada pula yang tanya EKUITI ITU APA?
"Ekuiti adalah nilai yang dapat dikaitkan dengan pemilik perniagaan."
Jika Saham itu perniagaan, apa beza perniagaan biasa dengan saham.
Perniagaan biasa- Kita mengeluarkan sedikit modal untuk membeli atau menghasilkan sesuatu produk. Kemudian kita menjual produk tersebut untuk mendapat keuntungan. Maka jika ada yang membeli produk kita, kita akan mendapat keuntungan.
Saham - Kita mengeluarkan modal untuk membeli saham syarikat tertentu yang tersenarai di bursa saham. Secara tidak langsung kita menjadi rakan kongsi kepada syarikat tersebut. Pendapatan kita perolehi apabila syarikat tersebut mendapat keuntungan yang dibahagi berdasar nilai saham yang kita miliki. Jika modal kita keluarkan untuk membeli saham besar, maka pendapatan saham kita besar.
Surirumah Investor
Follow update dan tips newbie melabur di
Ramai main saham tapi kena study Dan fahami betul2 agar strategy menjadi
ReplyDelete