social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Monday 31 May 2021

Pasar Mix & Match di Grab Mart

Salah satu cara mengurangkan pergerakkan dalam melawan pandemik covid-19 adalah kita beli barang dapur terutama barang basah seperti daging ayam, itik, lebu, kerbau dan ikan secara atas talian. Semalam ada yang tanya macam mana kami beli barang basah online?Cara mudah saja, kami guna aplikasi yang menyediakan perkhidmatan pembelian barang dapur. Antara aplikasi tersebut adalah TESCO ONLINE, HAPPY FRESH, PANDA MART, GRAB MART dan lain-lain.

Salah satu apps yang boleh beli barang basah atas talian adalah GRAB MART. Apa best Grab Mart sebab dia ada pasar mix & match. Biasa pasar banyak kedai dekat dalamkan, maka disini kita boleh beli dari banyak kedai tapi menggunakan satu penghantaran. Dekat sini kita dah jimat kos penghantaran.

Pagi ini order ayam dan lain-lain sayur mayur dekat Pasar Pagi Selayang Baru.

Macam dekat area rumah kami, ada pasar pagi selayang, pasar besar TTDI dan bbrp lagi pasar sekitar rumah kami. (boleh taip pasar dekat search dan nanti akan keluar pasar berhampiran rumah anda).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

6 comments:

  1. Tesco online manjang full... kalau grab tu ok jugak tapi kadanh terhad sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah..sbb tesco online full dan bbrp apps lg full kita cari lain...

      Delete
  2. Menarik juga apps begini, sangat membantu ketika pandemic begini. Saya di Seremban, barang basah Tesco terhad. Paling sesuai Mydin Mall, ada juga apps begini.
    By the way, thanks Naimy for sharing here.

    ReplyDelete
  3. Senang. Tapi tak semua keperluan ada.

    ReplyDelete
  4. Mama X penah guna lagi ni. Tapi mmg memudahkan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada saya mudah sangat sebab mak kita kalau kata beli barang basah dekat mall dia tak berapa suka dengan alasan mall tak segar. tapi bila kata beli pasa, suka lah dia...

      Delete