social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Thursday 7 January 2021

Review utility

Setiap tahun saya suka mengajak family review Kewangan Sambil buat bajet tahun berikutnya.
So tahun 2020 kita buat penjimatan dari segi utiliti.
1) Astwo to Android box..Saving Rm50 bulanan to Zero bulanan.
2) Max1s fiber to Uni5= Save Rm89 to Rm89 (free Tv)😂
3) Prepaid tunetalk Rm30 to YES Kasi Up Rm15 = save Rm15
4) Tonxcel to tunetalk cun = Rm30 to Rm10 = save Rm20
Total save = Rm85
Muhasabah diri..sambil save sambil melabur.
Rm85*12 Bulan = Rm1020 save yearly
Simpan dalam ASB, 4.25% boleh dapat Rm43 ni😁

Tv percuma tukar maxis fiber kepada uni5


Tuesday 5 January 2021

Minyak Herba Asmak di Saat Kecemasan.

Rutin keluarga saya petang-petang akan ke taman permainan. Setiap hari kami meluangkan masa di taman permainan untuk beriadah. 

Nak dijadikan cerita, anak kecil saya jatuh buaian ketika sedang bermain. Darah mengalir tak henti-henti dari buku lali anak. Cemas saya. 
 
Nasib baik suami bersikap tenang terus angkat anak bawa masuk kereta. Nampak agak teruk juga luka sebab darah tak henti mengalir lepas kami jirus dengan air mineral yang memang kami bawa bersama. 
 



Semasa dalam kereta saya sapukan Minyak Herba Asmak di buku lali anak. Sedih dengar dia asyik menangis sakit.

Keadaan jalan yang jammed masa tu pun menambah lagi beban. Klinik yang sepatutnya sampai dalam 15 minit pun boleh jadi 30 minit.
Tapi tak lama kemudian anak saya cakap "mama tak payah la pergi klinik, kaki adik dah OK dah."

Saya lihat darah dah berhenti mengalir. Lepas saya periksa luka tu semula saya dan suami ambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Lepas mandi kan anak saya sapu lagi Minyak Herba Asmak.

Nasib baik ada Minyak Herba Asmak. Saya lihat malam itu lukanya sudah semakin kering. Kalau ikutkan memang dalam juga lukanya. Kagum juga dengan keberkesanan Minyak Herba Asmak ni.

Anda pun boleh simpan satu dirumah. Macam kami sekeluarga, ada satu dirumah dan satu dalam kereta. Boleh digunakan sewaktu kecemasan. Insyaallah kalau dah lega tak perlu lagi ke klinik.

Klik link wasap untuk dapat maklumat lanjut tentang minyak herba asmak

Sunday 3 January 2021

Best join Live Trade Srikandi Saham

Assalamualaikum dan salam semua. Alhamdulilah 31 Disember 2020 berjaya join live trade percuma bersama Srikandi Saham. Ini adalah pengalaman baru dan yang pertama dalam hidup. 

Apa itu live trade? Live trade maksudnya Srikandi Saham buka peluang untuk orang ramai join dia buat kajian kaunter dan perdagangan secara langsung. Bagus sebab kita tak pernah buat trade, memang blur sangat bila menghadap skrin pasaran saham. 


Dalam buku Trade What You See, Srikandi Saham ada mention iaitu trading plan yang baik perlu ada 4 perkara berikut:
  1. Harga masuk dan kenapa masuk
  2. Support dekat mana
  3. Bila nak jual dan kenapa jual
  4. Bila nak keluar.
Rasa baca buku macam dah faham tapi tak berapa nak jelas kan. Itu lah orang kata nak belajar tak boleh berpandu buku semata kena ada guru. Sekolah pun ada cikgu dan buku teks. Masa Live Trade hari itu Srikandi Saham ada jelas tentang support dan Resistance...Maka lebih faham lah pasal support tu..

Insyaallah kalau ada peluang nak join lagi live trade. Ada beberapa pelabur baru buat pembelian pada hari tersebut. Aku tak buat pun sebab memang niat nak tengok macam mana proses live trade dia dulu. 

Sekian, terima kasih, Naimy

Saturday 2 January 2021

GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)


Assalamualaikum dan salam semua. Ini adalah kali pertama blog Naimy Art bekerjasama dengan Agen Asmak Kak Ecah menganjurkan Giveaway. Harap mendapat sambutan.

Kami akan pilih 4 orang pemenang iaitu:

Seorang pemenang utama yang akan memenangi Minyak Herba Asmak 30ml bernilai RM39

3 orang pemenang saguhati yang akan memenangi RM5 setiap seorang.


Cara nak menang giveaway ni mudah je.. WAJIB follow step2 dibawah

1. LIKE dan Follow

2.Copy salah satu banner di atas dan.buat satu post dengan tajuk "GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)" dan backlink post anda ke post ini.

3. Tinggalkan link penyertaan korang di bahagian komen post ini. Tu je.

4, Pastikan anda adalah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Senang kan.


Pastikan anda membuat semua step di atas untuk tersenarai sebagai peserta.

?Pemilihan pemenang adalah secara rawak

?Giveaway akan tamat pada 1 Febuari 2021

?Pemenang akan diumunkan dalam tempoh masa 2minggu selepas tamat tarikh GIVEAWAY


Apa tunggu lagi? Join lah SEKARANG!!!


Friday 1 January 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021-Tatatertib Azam Tahun Baru Mengikut Islam




1. Bermuhasabah dan membaiki diri
  • Sebelum memulakan azam yang baru, kita haruslah melihat kembali apa yang kita sudah lakukan pada tahun yang sebelum ini. Kita cuba bermuhasabah dan lihat di mana salah dan silap kita.
  • Tidak mungkin kita langsung tidak mempunyai salah dan silap sebab manusia ni bukanlah sempurna dan kita memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kita haruslah perbaiki diri kita kembali.
  • Jadikan diri kita lebih baik daripada sebelum ini. Semua orang diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri mereka. Ajaran Islam juga menuntut kita agar sentiasa mengubah diri kita menjadi lebih baik.
  • Sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam kita suci Al-Quran, “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu sendiri mengubahnya.”

2. Memasang Niat Azam Kerana Allah Taala
  • Di dalam melakukan tiap-tiap perkara mestilah diiringi dengan niat kerana Allah. Jangan sekali-kali memasang niat azam baru adalah untuk diri sendiri, atau untuk ibu bapa. Tetapi, niatkan kerana Allah s.w.t.
  • Kita hidup di bumi ini juga kerana Allah, dan kita mati kemudian nanti juga kerana Allah. Allah yang telah mengaturkan perjalanan hidup kita di bumi ini, maka kita haruslah taat dan patuh kepadaNya.
  • Kita harus yakin dan percaya bahawa Allah itu Maha Melihat. Oleh itu, tunjukkan kepadaNya bahawa kita akan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Lebih-lebih lagi orang yang memasang niat kerana Allah, Allah akan bantu mereka hingga berjaya selagi mana niat mereka itu tidak terpesong.
  • Niatkan azam tahun baru anda kerana Allah Taala. Kerana niat yang betul akan membawa anda ke jalan yang betul.

3. Lakukan Azam Sebagai Ibadah
  • Apabila kita telah niatkan azam tahun baru kita kerana Allah Taala, maka segala yang kita lakukan akan menjadi amal ibadah. Kerana apa pun perkara yang diniatkan kerana Allah akan menjadi perkara sunat.
  • Ini bermakna perkara yang kita lakukan demi Allah menjadi sunat dan kita mendapat pahala atas apa yang kita kerjakan. Faham ke tak faham? 🤔
  • Apabila perkara yang kita lakukan menjadi ibadah, hatta kita gosok gigi kerana Allah Taala juga menjadi ibadah sunat dan mendapat pahala.
  • Oleh itu, setelah kita memasang azam baru, kita haruslah berusaha untuk mencapaikan azam tersebut. Dengan niat yang betul, semoga ianya menjadi ibadah dan mendekatkan diri kita kepada pencipta kita. Apabila kita mendapat keredhaan Allah, In Syaa Allah, urusan kita akan dipermudahkan oleh Nya.