social media

 Like Me Follow Me Follow Me

Saturday 23 January 2021

Review King Oden dan Tepung Rempah Ayam Goreng Popa



Assalamualaikum semua...hari ini nak kongsi dua lagi produk keluaran bumiputra. Aku tak jadi agen untuk produk ini pun tapi kakak ipar yang jadi agen. Kita cerita pasal oden dulu ye...

KING ODEN


Masa sambutan hari lahir anak buah bulan november last year, kakak ipar kita buat oden menggunakan perencah KING oden. King oden adalah oden perisa tomyam. Ada 2 jenis biasa dan pedas. Nak buat senang yang amat... masak air seperti sukatan yang diberikan dan biar mendidih...dah didih maka masuklah segala barang oden yang kita nak.

Ini barang-barang yang kami guna. 

Kesimpulan rasa oden terbaik. Aku pernah makan oden yang buat guna perencah asam pedas dan tomyam. Rasanya yang ini lagi power rasa odennya. Atau mungkin yang buat sendiri campuran perencah tak betul...nak senang kita pakai yang siap segera.


TEPUNG REMPAH AYAM GORENG POPA





Ini lah tepung goreng ayam segera, rasa sedikit pedas bagi yang tak tahan pedas. Aku suka sebab aku tak payah nak perap ayam dengan bawang lagi sebelum balut tepung, Tepung ini kan dah ada bawang. Tak nak cerita lebih, nak tahu macam mana rasa...sila beli ye...

Jika anda berminat dengan salah satu produk diatas boleh buat pembelian dia




Sekian, terima kasih, Naimy

Friday 22 January 2021

Selesai sudah FB live Bersama Kak Ecah

Assalamualaikum dan salam semua...Semalam 21/1/2021 pertama kali kak ecah bersiaran secara live di FB menceritakan kejayaan beliau sebagai salah seorang top agen Asmak bagi bulan Disember 2020.

Tahniah kak ecah, semoga terus berjaya.

Buat yang belum sertai 

GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)

dijemput untuk sertai ye... Giveaway tamat 1/2/2021

Sekian, terima kasih, Naimy

Saturday 16 January 2021

Pelaburan surirumah di Wahed vs ASB

Assalamualaikum dan salam semua. Saya percaya ramai surirumah yang ada akaun di ASB dan lebih percaya untuk membuat pelaburan di ASB. Sehingga ada yang buat ASBF. Salah ke buat pelaburan di ASB? dan salah ke kalau buat ASBF? Jawapannya semua bergantung kepada tujuan dan matlamat pelaburan anda.




Masalah apabila baru-baru ini diumumkan bahawa agihan pendapatan ASB tak sampai 5% iaitu 4.25%.  Tambah dengan Ehsan 0.75% bagi 30000unit pertama. Kalau ada lebih dari 30k, yang lebih tak dapat lah ye...hurmmm...makanya berapa saja yang akan kita dapat ye....Jom kita buat kira-kira..

Contoh seorang surirumah ada duit dalam ASB RM5000 bermula januari 2020, berikut adalah pengiraan pendapatan ASB beliau bagi tahun 2020

            = ASB x (Dividen + Bonus) × 12/12
            = 5000 x (4.25%+0.75%) x 12/12
            = 5000 x 5% x 1
            = 250

Maka jumlah pendapatan yang diperolehi oleh surirumah tersebut adalah RM250. Ini saya bagi contoh surirumah yang buat simpanan dalam ASB tanpa pengeluaran dan penambahan. Bagaimana dengan yang buat ASBF dan di momok bahawa hanya tahun pertama sahaja buat pembayaran, tahun-tahun seterusnya guna duit dividen buat pembayaran...Teknik buat ASBF dan bayar tahun pertama sahaja terguna pakai kalau dividen ASB yang kita dapat melebihi 7%. Apabila kurang maka kita perlu tambah duit sendiri setiap bulan untuk bayar hutang. Bagi mereka yang ada pendapatan setiap bulan mungkin tiada masalah tapi bagi surirumah yang tiada pendapatan... memang sakit lah jawabnya, kena minta ihsan en.suami nampaknya. Kita tinggalkan sementara kisah ASBF ini. Kita kembali kepada tajuk pelaburan di ASB vs pelaburan di Wahed. 

Jika sebelum ini kita lihat pelaburan yang dilakukan di ASB, bagaimana pula jika surirumah tersebut laburkan RM5000 dekat Wahed Invest... Berikut adalah anggaran yang bakal diperolehi bagi tempoh setahun.




Berbanding dengan ASB jika kita letak RM5K untuk tempoh setahun kita akan dapat dalam RM250 manakala pendapatan hampir 2 kali ganda iaitu RM465 jika kita letak RM5k dekat wahed untuk tempoh masa yang sama dengan portfolio Aggressive. (jenis portfolio kita akan pilih berdasar faktor risiko dan tujuan pelaburan sewaktu pembukaan akaun).

Berikut pula adalah cadangan saya jika anda surirumah yang baru nak mula melabur....apa perlu anda buat adalah setiap bulan masukkan secara tetap RM100 ke dalam akaun wahed anda. Mana nak cari RM100 setiap bulan? Anda boleh guna wang bulanan pemberian suami, jika dulu duit bulanan suami bagi kita beli baju baru, mainan anak...apa kata kita asingkan sebahagian untuk buat pelaburan tetap setiap bulan ke dalam akaun wahed. Jika suami tiada beri wang bulanan (mungkin semua keperluan suami sediakan sudah) maka puan-puan boleh cuba jana side income lain. Jika malas juga nak jana side income, apa kata keluarkan sedikit simpanan ASB untuk masukkan ke dalam akaun wahed setiap bulan.

Berikut adalah anggaran berapa akan kita dapat jika setiap bulan kita melabur RM100 kedalam akaun wahed.


Berdasarkan gambar di atas dapat kita buat anggaran jika kita masukkan pelaburan RM100 setiap bulan kedalam akaun wahed kita akan dapat dalam RM269. Pendapatan ini menggunakan portfolio aggressive.  Modal setiap bulan RM100 selama setahun maka kita akan dapat nilai hampir sama dengan modal RM5000 sekali masuk di ASB selama setahun. Jumlah wang yang peru dikeluarkan untuk dilaburkan selama setahun dalam wahed invest adalah RM1200. Tidak sampai satu pertiga nilai modal yang dilaburkan dalam ASB. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Harap bermanfaat.

Download Wahed Invest dan masukkan Kod Referral diruang Referral ;
=> norbin136

Kalau terlepas masuk kod Referral ini terlepas juga Rm10.


Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading

Sekian, terima kasih, Naimy

Friday 15 January 2021

MCO 2.0 GIVEAWAY



Giveaway tamat 1 Febuari... 

WAHED INVEST 2.0


Dapat tahu Wahed Invest buat update dengan paparan baru Wahed Invest.

Lebih Kemas.
Lebih Mudah.
Lebih User friendly.

Boleh letak target nak Invest di Wahed 1tahun,3tahun,5tahun atau target berapa ribu.

Nampaknya Wahed Invest tak tonjolkan sangat dah peratusan Time weighted Return (TWR), mungkin sebab ramai ada yang salah faham mengenai peratusan tersebut. Wahed ada jelaskan mengenai TWR.

Kita juga boleh gerakkan point kat graph untuk track prestasi pelaburan dari hari pertama kita melabur.

Sesiapa yang belum ada akaun Wahed Invest, jom
labur minimum RM100 & dapatkan bonus pendaftaran apabila daftar mnggunakan kod rujukan: NORBIN136

Download:
https://app.wahedinvest.com/referral

Update: Wahed Invest kini boleh multiple portfolio dengan satu email.

Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading