Assalamualaikum dan salam semua. Hari ini dah 5 syawal. Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Blog NaimyArt dan channel telegram surirumahinvest.
Monday, 17 May 2021
Selamat Hari Raya dari kami
Assalamualaikum dan salam semua. Hari ini dah 5 syawal. Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Blog NaimyArt dan channel telegram surirumahinvest.
Monday, 3 May 2021
FOMO....
Apa itu FOMO? Bila selalu penyakit ini menyerang kita? FOMO adalah singkatan kepada fear of missing out. Dalam kata mudah adalah takut untuk ketinggalan atau terlepas sesuatu.
Penyakit FOMO ini selalu berlaku dekat shopee, lazada dan pasaraya-pasaraya yang buat jualan besar-besaran. Kononnya waktu inilah dapat harga murah dari biasa, dapat barang percuma yang limited stok, beli satu percuma satu. Selain itu penyakit ini juga muncul bila ada barang viral seperti pressure cooker, kain lap kayangan, selipar muslim ke wallet friendly dan lain-lain. Penyakit ini juga selalu menyerang wanita-wanita.
Tetapi dalam pasaran saham, penyakit FOMO menyerang tidak kira lelaki atau perempuan. FOMO adalah salah satu sebab kita membuat keputusan tidak bijak. Bagaimana ia bertindak? Apabila kita lihat banyak berlaku jualan disesebuah kaunter, maka kita merasakan kena beli di kaunter tersebut kerana ramai yang tengah beli dan kita tak nak ketinggalan, dalam kata mudah trend ikut-ikut.
Bagi mengelakkan terjebak dengan penyakit ini maka kita kena study dulu sebelum beli mana-mana kaunter
Asmak Baby Care-review
Assalamualaikum dan salam semua.
Salah satu gift yang baby Ulya dapat adalah Set Asmak Baby Care. Aku memang rancang nak ambil set ini sebenarnya tetapi tetiba kakak ipar kata dia nak bagi gift Set Asmak Baby Care ini dekat Ulya...Alhamdulillah, rezeki lah tu.
Asmak Baby Care ada 5 produk dekat dalamnya iaitu, sevenis hair oil, essential oil, Baby wash, baby powder dan baby lotion. Harga satu set ini adalah RM159.
Set Asmak Baby Care didatangkan dalam bentuk seperti di atas. Cantikkan kotak dia. |
Berikut adalah langkah-langkah penggunaan Set Asmak Baby Care
Ini pula adalah pendapat aku setelah menggunakan Set Asmak Baby Care
Secara keseluruhan semua produk baby care Asmak berbau wangi. Baby wash dan baby losyen itu pekat, maka pakai sikit baby wash dah banyak buih dan losyen boleh ratakan banyak ruang. Essential oil aku bukan pakai dekat baby sahaja, kerana bau yang menenangkan dan pakai beberapa titik sahaja maka aku guna juga dekat anak yang lain. Aku perasan kalau sapu essential oil dekat sendi-sendi baby, baby tidur lama (banyak kerja mak boleh selesai nak). Baby powder dan sevenis hair oil memang dah guna sebelum ini dan aku yakin dia mengurangkan masalah ruam peluh dekat anak kecil. Severenis hair oil bau wangi sehingga ada tak nak basuh rambut kalau pakai. Kesimpulannya set penjagaan bayi ini bukan sesuai untuk bayi sahaja tetapi juga untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Itu sahaja perkongsian saya kali ini.
Klik link wasap untuk dapat maklumat lanjut,
Sunday, 25 April 2021
Saham Dunia vs Saham Akhirat
Antara pilihan para pelabur dan pedagang hari ini adalah memiliki, membeli dan menjual saham. Saham adalah milikan perkongsian ke atas sesuatu syarikat. Terdapat pelbagai jenis bentuk saham di dunia. Saham yang diapungkan di Bursa, saham amanah, saham khas sesuatu syarikat dan lain-lain. Setiap saham ini adakalanya memberikan pulangan sama ada dalam bentuk dividen, bonus ataupun kenaikan nilai saham yang dimiliki.
Sepertimana ada pelbagai jenis saham dunia, saham akhirat juga ada banyak cabang. Salah satu saham akhirat adalah sedekah.
Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah: 261).
Inilah saham akhirat yang tidak mempunyai risiko akan tetapi nisbah keuntungan 700% dan lebih sepatutnya menarik perhatian ramai untuk memilihnya. Ternyata sesiapa yang memberi kerana ALLAH, pasti akan mendapat pulangan dunia dan akhirat.
Dalam kesibukan mengumpul saham dunia, jangan lupa untuk mengumpul saham akhirat juga. Jom bersedekah.
Follow update dan tips newbie melabur di https://t.me/surirumahtrading
Tuesday, 6 April 2021
Selamat Datang April...menjelang ramadhan
Permulaan yang baik untuk april...semoga kekal hingga akhirnya. |
Terima kasih kepada yang menggunakan referral kod LUNO. Aku tak tahu pun siapa yang guna.
Aku juga dapat email untuk berkalobrasi. Seperti yang sedia tahu, aku ada 2 blog. satu blog lebih kepada sharing info manakala satu blog lebih kepada sharing personal life dan aktviti dengan anak-anak.
Ini kod LUNO aku...jangan segan2 nak guna
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/TMMDVY
Subscribe to:
Posts (Atom)